• Pendaftaran Seminar
  • Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Blog Abang Ensem

Info & Tips Hartanah...

  • Utama
  • Biodata
  • Ebook
  • Hubungi Saya
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / my story / Mulut cerita property, mata dok ‘usha’ awek..

Mulut cerita property, mata dok ‘usha’ awek..

abangensem · 21 January 2011 · 9 Comments

Wajah si Nazir ni sekacak jam yang dipakainya

Akhirnya pencarian protege aku telah sampai ke penghujungnya. Beberapa nama telah pun aku kenal pasti dan buat pertama kalinya, petang tadi (20/1/11) aku bersemuka dengan protege pertama aku, saudara Nazir yang datang dengan muka penuh keterujaan.. hahaha. Lokasi yang dipilih tak lain tak bukan favourite place aku, Khulafa Bistro Seksyen 7 dan kehadiran aku petang tu dipenuhi dengan keceriaan diwajah aku. Mana taknya, port yang dipilih oleh brader Nazir ni betul-betul menghadap himpunan awek-awek berambut karat dan berkulit gebu. Pergghhh.. kalau Man Kuala dengan Brader Mil tahu, mesti jealous tahap gaban ni.. hahaha.

Pertemuan petang itu lebih banyak berkisar tentang perihal property investment. Namun mulut aku je yang bercerita property sedangkan mata aku masih lagi terpahat pada karat-karat yang ada pada rambut awek yang di depan mata dan saat mereka (awek-awek tu) meninggalkan premis restoran itu, barulah fokus aku kembali kepada protege aku. Sorry la Nazir, sape suruh ko bagi aku ngadap awek.. hahaha.

Jejaka pemalu ni rupa-rupanya baru setahun berkecimpung dalam pelaburan hartanah ni dan katanya dalam tempoh tersebut, dia sudah pun memiliki 2 buah flat kos rendah di area aku, Shah Alam. Setiap kisah yang diceritakan pada aku, hampir 80% darinya mempunyai persamaan dengan aku, berkereta sesempoi mungkin, baju berjenama uptown menjadi pilihan tapi kalau bab duit sewa dari hasil  flat yang dimiliki, dah memungkinkan beliau mengusung Honda City ke hulu ke hilir. Kenapa aku cakap macam tu? Cuba korang bayangkan, untuk rumah flat sekecil 2 bilik, si mamat ni boleh menyewakannya pada kadar RM800 sebulan. Hilang akal aku kejap sebab aku pun hanya mampu bagi sewa takat RM600 je. untuk low cost flat aku Bila aku tanya apa sebab mahal sangat? Katanya “saya fully furnishkan rumah tu bang dengan katil, perabot, dapur dan lain-lain perkakas“. Ala macam yang ada kat rumah korang tu la tapi bila aku bertanya lanjut “yang menyewa tu siapa?” seraya dia berkata “student lelaki UiTM bang”. Patut pun boleh sewa mahal sebab kalau yang menyewa tu ada rambut sekarat awek kat depan aku tadi, silap haribulan mau sewanya jadi RM400 je.. hehehe.

P/S : Buat Cik Khadijah (photomaniacstore), sila reply e-mail yang  saya hantar pada 17/1/11 tempohari.

AE : Sepanjang sesi ta’aruf tu, si Nazir ni sibuk ‘snap‘ gambar aku dengan cell phonenya. Aku rasa bukan sebab teruja jumpa aku tapi sebagai ‘proof‘ yang dia tak melencong ke tempat lain. Tak gitu Nazir? heh heh heh (jangan marah).

 
Tweet

Related posts:

  1. Bila Mata Bertentang Mata, Lidah Kelu Tak Terkata..
  2. Nasib baik awek khidmat pelanggan dia lawa..
  3. Bestnya dapat duduk sebelah awek..
  4. Seminar? Bila? Kat Mana? Ada Awek Tak?
  5. Awek Cun

Filed Under: my story

Reader Interactions

Comments

  1. parang says

    21 January 2011 at 12:26 am

    tgk awek upenya,mmg aku dh agak…..
    statment ko silaplah bro, aku snap gambar ko utk this next year projek hahahah
    wat ever tq sharing2 ape yg ptt ptg td..aku ada projek lg tp nanti kita diskussion balik ok ke x, sebab aku bdk baru belajar

    Reply
  2. Syahman says

    21 January 2011 at 1:43 am

    Bagus idea ni. Kembangkan dan berbakti untuk Anak Malaysia 🙂 brape orang semuanya protage(s) bro?
    Syahman recently posted..Bilik Dataran Otomobil Seksyen 15 Untuk Disewa! Urgent!

    Reply
  3. matjoe says

    21 January 2011 at 11:09 am

    liar dan lunak mata AE nih
    matjoe recently posted..Update Contest- Share and Like di Facebook

    Reply
  4. algu says

    21 January 2011 at 12:35 pm

    low cost FF smp rm800.. syabas inspector sahab..
    x smp stahun, dah cover balik kos FF tu..
    algu recently posted..Syarat baru – Penggunaan Wristband untuk ke Taman Tema Air

    Reply
  5. ekspresiruang says

    21 January 2011 at 5:10 pm

    lepas ni abg hensem boleh buat seminar 😉
    ekspresiruang recently posted..Menterjemah istilah KONTEMPORARI versi Hong Kong

    Reply
  6. md yusof says

    24 January 2011 at 8:04 pm

    memg best sgt2 bila mengetahui cara2nya…..tapi apakandaya berminat jika x berpeluang bila umur dah senja umah pun x ada..harta lagilah,cuma yg ada isteri dan anak2 tu pun bila keadaan x berapa nak ada ni…suam2 jer ler.Tapi apa2 pun abangensem tq kerana memberi jalan pada yg nak mencuba…..

    Reply
  7. suraya says

    24 January 2011 at 11:52 pm

    luculah abg ensem ni…saya baru nak berjinak2 dgn dunia hartanah ni… tergelak sorang2 bila baca blog ni…

    Reply
    • parang says

      27 January 2011 at 2:36 pm

      jgn percaya sgt ckp mentor aku tue,kaki pusing 2 mek 🙂

      Reply
  8. AlumniAEseminar says

    22 November 2011 at 6:17 pm

    Korang kalau baca Blog mamat AE ni macam makan jagung… buang kulit..buang bulu2 ..pastu baru ambik jagung tu… faham tak… ???
    AlumniAEseminar recently posted..Gambar Facilities

    Reply

Leave a Reply to parang Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Artikel Terkini

  • Tips Setel Loan Paling Jahat
  • Sesi Kocing Johor #2
  • Seminar Hartanah Johor : Ujub Menyentap Jiwa
  • Sesi Kocing Johor #1
  • Tekak Kering

Komen Terkini

  • INSURANS/TAKAFUL DALAM PELABURAN HARTANAH | CoachHartanah.com on Insurans/Takaful Di Dalam Pelaburan Hartanah
  • PencariMakan on Tekak Kering
  • Mohamad Helmi Hamdan on Ebook
  • Mohamad Helmi Hamdan on Ebook
  • Faris Naqib on Setahun Sudah Berlalu

Arkib

Statistik

احد
17 Rabiul Akhir 1441
Now : Sunrise (07:10)
Next : Dhuhr (13:08)
Change location

Copyright © 2019 · Daily Dish Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in