Akhir-akhir ini kecoh betul di akhbar mahu pun kaca tv tentang tuduhan terhadap dasar ketat pinjaman yang digariskan oleh Bank Negara yang telah mengakibatkan penurunan drastik jualan kenderaan bagi bulan Januari dan pada masa yang sama pihak pengeluar kereta turut menjangkakan yang peratusan jualan akan menjadi lebih rendah untuk bulan berikutnya yakni bulan Februari. Begitu juga halnya dengan pertausan jualan sektor hartanah yang agak lembab pada awal tahun ini. Menurut mereka, garis panduan kelulusan pinjaman yang mana pendapatan bersih diambil sebagai ‘pembawah’ di dalam pengiraan Debt Service Ratio (DSR) telah menyukarkan para pembeli untuk mendapatkan pinjaman. Ini membawa maksud ’peratusan’ hasil dari pengiraan DSR akan menjadi lebih tinggi dari sebelumnya. Sebagai contoh :
Jumlah hutang/instalment setiap bulan : RM2,000
Jumlah pendapatan kasar : RM4,000
Jumlah pendapatan bersih : RM3,400
Peratusan kelulusan : 50%
Sebelum 2012 (pendapatan kasar digunakan sebagai pembawah) :
DSR = 2,000 / 4,000
= 50% = 50% (Pinjaman Lulus)
Mulai 1/1/12 (pendapatan bersih digunakan sebagai pembawah)
DSR = 2,000 / 3,400
= 59% > 50% (Pinjaman Gagal)
Sebelum mengulas lanjut isu ini perlu kita lihat terlebih dahulu kenapa Bank Negara menggariskan panduan sebegini di awal tahun 2012. Ini semua adalah disebabkan jumlah hutang isi rumah yang semakin meningkat dari setahun ke setahun. Bagi aku sememangnya langkah yang dibuat amatlah baik tetapi nampaknya ditolak oleh golongan yang mementingkan sales achievement company masing-masing.
Di dalam mengulas isu ini, apa yang aku dapat lihat adalah ketidakseimbangan 2 ‘benda’ iaitu ‘pendapatan’ dan ‘harga produk (kenderaan)’. Peningkatan harga kenderaan sebenarnya tidak sejajar dengan peningkatan pendapatan rakyat negara ini. Apalah salahnya jika harga kenderaan ini diturunkan agar jumlah jualan mereka meningkat sepertimana strategi yang selama ini dipraktikkan oleh syarikat penerbangan murah AirAsia. Jika cukai atas kenderaan yang tinggi menjadi alasan, kenapa tidak pihak kerajaan menurunkan sedikit kadar cukai tersebut agar rantaian masalah ini dapat diatasi. Masih terbayang bagaimana kereta pertama aku yang berjenama Kancil GX dibeli hanya pada harga serendah RM24K dan jika dibuat perkiraan dengan kadar interest sekarang, instalment bulanannya hanyalah serendah RM272.00 (RM21.6K x 4% x 9 tahun). Tidakkah dengan instalment serendah ini, isu pendapatan bersih akan menjadi satu masalah di dalam mendapatkan kelulusan? Ini tidak, pada hari ini kereta paling murah yang terdapat di Malaysia pun sudah melebihi RM35K dan dengan instalment bulanannya yang menjangkau ke angka RM400 sebulan, sudah pastilah akan menyukarkan pinjaman diluluskan.
Ada yang berkata kereta sekarang lebih sofistikated dari kereta dulu tetapi bagi majoriti rakyat yang hanya memerlukan kereta sebagai alat penghubung dari rumah ke nurseri, sekolah dan office, aksesori yang sofistikated bukanlah perkara utama bagi mereka. Jadi cukuplah sekadar kereta murah yang mampu menyelesaikan masalah perhubungan mereka. Di dalam konteks ini aku tidak merasakan yang pihak pengeluar kereta akan mengalami kerugian sebaliknya mereka hanya akan mendapat keuntungan yang sedikit hasil dari jualan kereta yang berharga murah. Sekurang-kurangnya mereka masih lagi mampu untuk membuat untung hasil dari jualan kenderaan murah ini daripada keadaan sekarang yang begitu sukar untuk mendapatkan buyer yang mudah untuk mendapatkan pinjaman.
Apa pun aku bukanlah seorang yang bijak untuk menangani isu ini cuma sekadar memberi pendapat menurut apa yang aku lihat dan fahami di dalam isu ini. Jikalau korang mempunyai pendapat lain yang boleh diketengahkan, sudi-sudikanlah menjadikan ruangan komen di bawah sebagai medium untuk kita berfikir.
AE : Jom kita tengok, pengeluar kenderaan mana yang sanggup menurunkan harga kenderaan mereka.
Related posts:




makin sukar nak buat pinjaman ek? hmm zuan bru umor 24 dah brhutang dengan ptptn, dan yayasan n9.. belum bekerja lagi.. lepasni tah brapa banyak la hutang..
zuan recently posted..> Topi Terbang
hutang dan kita memang tak dapat dipisahkan… cuma ken cari penyelesaian untuk selesaikannya
KiD recently posted..Friso Growing Up Together Days
hmm zaman skarang ni memang tak leh elak kan dari brhutang.. sbb semua bnda mahal..
zuan recently posted..> Topi Terbang
kena rancang pulak sama ada perlu berhutang dengan bank ataupun tidak…
tak semestinya semua benda kena berhutang…
Farid Adam recently posted..FOREX, Arak & Rokok
AE, saya ada satu soalan. Bagaimana pihak bank boleh tahu berapa pendapatan bersih? Dalam contoh diatas, RM4000-RM3400=RM600. Dari mana datangnya jumlah RM600 tu?
mahzan recently posted..Island Hopping Langkawi
Rasa gaji pokok kot. bukan gaji termasuk dengan elaun atau OT
Kan dalam slip gaji ada.. Rm600 tu hutang kereta pertama kott..Hehehe
Aslam recently posted..Bila malam buat ni
Jumlah pendapatan kasar : RM4,000 (Gross income)
Jumlah pendapatan bersih : RM3,400 (Nett income)
Jumlah pendapatan bersih (nett income) adalah selepas ditolak income tax, kwsp, socso, Angkasa (Kakitangan awam), dsb…
benda ni semua boleh dapat dalam pay slip
Kiraan kasar je selepas ditolak EPF, Socso dll.
Agak susah sikit nk cerita pasal dsr ni..
Ada baik dan buruk…
Yg baiknya kadar dsr baru ni kadar NPL dan kadar muflis di negara dpt di kurangkan,
dan kalo pasal kereta pulak, viva baru boleh dpt dlm rm25k, viva bumper hitam..
Berkenaan kereta pulak, kereta seken hen di malaysia agak murah, so masih ada pilihan..
Bagi aku kereta proton masih murah, kalo tak suka boleh beli kereta perodua kalau rasa berbaloi..
Bg aku yg bergelumang dgn industri automotv mmg local car oem agak cemas bila sales turun sbb kuli2 mereka ada tngungan masing2.. Ada benda yg perlu di bayar..
Cuma bg aku kalau kerejaan dpt kurangkan cukai kereta yg tinggi lagi ok. Mcm saga cukai kerajaan dekat rm10k… Byk tu…
Thanks for the info Bro.
seb bek saya dah abis bayar kete tahun lepas..
KiD recently posted..Friso Growing Up Together Days
penjualan kereta awal tahun ini jatuh kerana beberapa faktor. diantaranya adalah dasar bank negara dan juga sikap pengguna yang bekerja disektor awam. kerana mereka perlu menunggu skim gaji baru untuk berkira2 mendapatkan sebuah kereta yang memenuhi keperluan dan kemampuan mereka. itu pendapat saya lah.
smart gile banner chealsea tuu…hehehe
aslam recently posted..Bila malam buat ni
go Liverpool go!!
KiD recently posted..Friso Growing Up Together Days
lagi 2 tahun settle bayar kereta, lepas tu mau angkat rumah bila slip gaji dh cantik
matjoe recently posted..Membesarkan anak lelaki sehingga 1 tahun
steady lah azizol.. terbaik!!!
KiD recently posted..Friso Growing Up Together Days
Salam. sy mmg bersetuju dgn langkah BNM buat. Yg plg pntg ialah kita mesti sedar diri keadaan kewangan diri. bkn nye ikut persepsi org lain. Kerajaan juga perlu ada langkah utk atasi masalah ini. jgn hanya pandai bercakap tapi tindakan tiada. hanya pendapat peribadi.
Adzuliza recently posted..Kelebihan dan Kekurangan Kad Kredit
tax untuk viva jer da 16k, bayangkan baper harga viva before tax? kenapa perlu tax kenderaan nasional kalu tujuan nak tolong rakyat / industri kete tempatan? banyak lagi tax gomen bole dpt kalu mansuhkan tax utk kereta nasional… hidup rakyat mesia dah dikelilingi tax tax tax.. cuma sesetengah rakyat tatau dengan alasan depa bukan tax payers? cer tengok resit beli kfc kat anak pon kena tax tau itu blum lagi GST di laksanakan secara besar besaran…
bila ckp mcm neh mula la org ingat pembangkang bagai.. tp cuba la reasonable sket kat rakyat.. give n take sket bukan take for granted hak hak rakyat…
Rileks sis. Jangan emo.. hehe.
Mana dpt figure tak viva rm16k?
Kat kepala batas.. Dekat je ngan kampung nurul tu.. tumpang balik kg boleh? hahahaaha
Nurul recently posted..Disebalik Tabir Preview Filem Adnan Sempit 2
Yang penting, sempoi dok ada bro punya banner seminar utara.. haha.. terbaik..
salam AE.
Bg pndpt sha tindakan BNM itu tepat pd waktunya. Tgk saja dagangan eksport dr malaysia menurun lately. Puncanya? Gangguan ekonomi dan krisis kewangan di eropah dan US. BNM mesti protect instrumen kewangan di ngr kita kalau bukan BNM siapa lagi?
asya recently posted.."WWW.KAKINAKL.COM NAK BAGI RM
pendapat saya pula.. kalo tak dijalankn system baru dr BNM ni, mmng makin bertambah pula kaum2 kite ni Muflis. Akhbar tahun lepas bergilir2 bincangkan isu muflis pada bangsa Melayu sendiri.. tp ramai juga yg menanggung hutang rumah / rumah sewa, kad kredit, pendidikan, belanja kawin, dll.. salah 1 punca kes bila tak mampu nk bayar balik..
kalo dr contoh atas, tinggi jugak gaji kasar yg saudara anggarkan.. emmm.. kena laa tolak yg sebut kat atas tadi.. tambahan pula nanti nk ambil kereta baru..
tukar kerajaan…kita bagi tempoh 4tahun pada kerajaan baru memerintah..kalau x ok kita pilih la semula kerajaan lama…org kata ‘ tak cuba tak tahu’…
susahnya skunk ni…macam2
wynn78 recently posted..Tipah tertipu…
rasanya ini dapat diatasi jika cukai kenderaan dikurangkan
Juan recently posted..Alcatraz TV Show / TV Series 2012
Ada harapan harga rumah dan kereta dikurangkan sebab nak bagi pemohon layak?..
Setuju dgn pendapat AE. Masalah kene diselesaikan di peringkat atasan.
Ahmad Ijat recently posted..Panduan Belanja dan Simpanan Bulanan
AE, just to confirm..
sekrg DSR mmg di kira must less than 50% ker?
just to confirm…
IMHO – like ^_^