‘Naik’ dalam diam..

Korang ni.. pantang je tengok tajuk macam ni dah mula fikir yang bukan-bukan malah tajuk seperti yang kat atas juga aku letakkan di wall facebook aku dan hasilnya, semua pakat memberi komen ke arah benda-benda yang ‘x-rated’.. hahaha. Sebenarnya tajuk kat atas tu adalah simbolik terhadap isu yang sibuk diperkatakan di dada akhbar hari ini iaitu berkaitan dengan kenaikan tarif elektrik yang akan berkuatkuasa tepat jam 12 malam ini. Aku perhatikan bukan sahaja di akhbar-akhbar ianya menjadi tajuk berita malahan puluhan blogger juga turut mengetengahkan isu yang sama bagi menaikkan SEO blog mereka, antaranya mamat blogger ni. Ya, pada mulanya aku turut berkongsi perasaan LEGA sepertimana mamat blogger ni tentang janji kerajaan bahawa seramai 4.4 juta penduduknya yang tidak akan terjejas dengan kenaikan ini tetapi bila aku fikir sedalam-dalamnya, aku dan korang sebenarnya bakal terjebak dalam masalah kewangan yang lebih parah dari apa yang kita alami sekarang.

Kalau diperhatikan, kenaikan antara 1%-10% yang katanya dikhususkan kepada industrial player yang besar-besar bakal memberi impak yang agak besar dalam hidup kita dan korang perlu tahu golongan inilah sebenarnya yang akan menyediakan pelbagai keperluan samaada produk mahu pun perkhidmatan di dalam hidup kita. Jadi, cuba korang bayangkan sekiranya korang berada di dalam ‘kasut’ mereka sebagai tuan punya kilang, apa yang bakal korang lakukan bagi menangani masalah kenaikan tarif elektrik ini Ya, tak lain tak bukan korang akan pindahkan bebanan kenaikan ini kepada end user atau dalam bahasa yang lebih mudah, kepada kita semua. Bila ‘pindahan’ ini berlaku, ianya akan membawa makna, barang/perkhidmatan yang ada di dalam hidup kita akan menjadi semakin mahal yang seterusnya bakal mengakibatkan ‘kuasa beli’ kita menjadi semakin berkurangan. Ianya akan diburukkan lagi apabila terdapat banyak peringkat pemindahan bebanan ini berlaku. Jika pengilang memindahkan bebanan kos tersebut kepada pemborong, pemborong pula sudah pasti akan memindahkan kenaikan itu kepada peruncit sebelum ianya sampai kepada kita. Ini bermakna harganya akan menjadi 3 kali ganda lebih mahal dari yang sepatutnya. Betul tak? Apa dia? Korang tak faham dengan apa yang aku cuba sampaikan? Ok, sekarang aku sertakan contoh pula supaya korang akan lebih faham :

Katakanlah aku ni pengilang simen. Gara-gara nak menampung kenaikan kos tarif elektrik, aku terpaksa naikkan harga sekampit simen dari RM10 ke RM12 (contoh). Simen tersebut kemudiannya diborong oleh WakifWarehouse pada harga RM12 tersebut dan dek kerana harga barunya yang dah jadi mahal, si WakifWarehouse ni pula menaikkan lagi harganya ke RM14 supaya dia akan dapat keuntungan yang sama seperti sebelumnya. Kampit simen itu kemudiannya dihantar pula kepada Kedai Hardware Abang Budin di Shah Alam dan kerana ketamakan Abang Budin ni, maka kenaikan yang sepatutnya RM2 telah dinaikkan pula menjadi RM6 dengan alasan harga pengilang dan harga peruncit telah naik disebabkan kenaikan tarif elektrik dan atas sebab itu si pemaju, AE Land Berhad yang selama ini mengambil bekalan simen dari Abang Budin ni sudah tidak mempunyai pilihan lain melainkan terpaksa menaikkan harga rumah untuk fasa barunya menjadi jauh lebih mahal dari fasa yang sebelumnya. Yang jadi mangsanya nanti adalah para pembeli rumah tu. Bila dah mahal, maka jumlah pinjaman bank pun akan bertambah dan bila ianya bertambah, maka instalment bulanannya juga akan turut bertambah dan bila semuanya dah bertambah, maka lebihan duit yang pembeli rumah tu simpan untuk benda-benda lain seperti attend seminar AE atau pun beli ebook AE dah pun tiada. Inilah yang aku maksudkan dengan simbolik tajuk ‘Naik’ dalam diam tu.

Kalau korang nak tahu pandangan aku tentang langkah yang aku rasa patut kerajaan ambil, nantikan entri seterusnya dari aku.

AE : Buat mereka yang aku jadikan contoh di atas, jutaan kemaafan yang aku pohon jika ianya menyinggung hati dan perasaan korang.

26 Comments

  1. cikcloudy June 1, 2011
  2. naimulfirdaus June 1, 2011
  3. hafeez June 1, 2011
  4. Ardi_Starob June 1, 2011
  5. matjoe June 1, 2011
  6. salehs June 1, 2011
  7. wakif June 1, 2011
  8. mizz bananaz June 1, 2011
    • johnlegend June 8, 2011
  9. lanunsepet June 1, 2011
  10. ayuraza June 1, 2011
  11. mohd June 1, 2011
  12. aslam June 1, 2011
  13. wakif June 1, 2011
    • mizz bananaz June 2, 2011
  14. tuanbri June 1, 2011
  15. tuanbri June 1, 2011
  16. tomato June 1, 2011
  17. Abdullah Pantaier June 1, 2011
  18. abangensem June 1, 2011
  19. Ardi_Starob June 1, 2011
  20. syah June 2, 2011
  21. man kuala June 2, 2011
  22. aslam June 2, 2011
  23. Ardi_Starob June 2, 2011
  24. aslam June 2, 2011

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge