Naik Pentas di Malam Anugerah Usahawan PKNS 2016

Ini cerita lama. Telah pun berlalu hampir 2 minggu, namun sengaja aku tulis agar post ini mampu mengembalikan semula antara momen terindah ini apabila aku tua esok.

Ya, aku telah dijemput oleh pihak Bahagian Pembangunan Usahawan menerusi e-mel dan panggilan telefon semasa aku sedang dalam perjalanan mengadakan seminar hartanah aku di Johor bulan September yang lalu. Kata mereka, aku bakal naik pentas bagi menerima penghargaan kerana kerap berkongsi ilmu di premis mereka.

Alhamdulillah.

Dan sebelum malam tersebut, mereka telah meminta aku untuk dirakamkan lensa bagi majalah mereka. Subhanallah, terharu sangat rasanya.

Malam yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba, agak besar dan meriah juga suasana majlis itu dan aku telah ditempatkan semeja dengan penerima-penerima anugerah usahawan yang lain. Agak segan sebenarnya memandangkan aku sebenarnya tidaklah segah mana. “Poyo je lebih”, kata rakan-rakan rapatku.. hehehe. Usahawan PKNS 2016

Seperti biasa, selepas naik pentas pastinya telah menanti beberapa wartawan akhbar di luar dewan, sama ada untuk ditemuramah atau pun dirakamkan wajah. Hasilnya, selang beberapa jam, wajahku telah pun terpampang di akhbar berikut.

Usahawan PKNS 2016

Malunyaaaaa.

16 Comments

  1. Farah Alina October 14, 2016
  2. Jie Susanos October 14, 2016
  3. Kereta Sewa Seremban October 16, 2016
  4. nurul fatin adiana October 16, 2016
  5. Oem Perfume Halal October 17, 2016
  6. lokmanamirul October 19, 2016
  7. Kereta Sewa Shah Alam October 20, 2016
  8. siti hazreen October 22, 2016
  9. Hero Borneo October 24, 2016
  10. zool October 24, 2016
  11. Ubat Kuat Lelaki Gambir Emas October 26, 2016
  12. Box Bayi October 27, 2016
  13. Wan Syahida October 29, 2016
  14. Amir Mazlan October 29, 2016
  15. homestay putrajaya October 31, 2016
  16. ruggedmom October 31, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge