nak bagi tapi tak banyak…

Pagi tadi member aku dok ngomel kat aku tentang loan umah yg dia apply. Dia kata rekod CCRIS dia ‘cantik’, tekde tunggakan langsung tapi bank cuma bagi 85% instead of 90% yang dia mintak. Elok je lepas dia abih memekak, aku pun slow2 tanya apa reason yg bank bagi kat dia? Reason yg bank bagi ialah cashflow dia tight.. Aku pun dah mula senyum sbb aku dh dpt agak dah sebelum tu sbb kengkadang aku pun mengalami situasi yg sama mcm dia. Kenapa benda2 camni boleh berlaku? Hasil dari pengamatan aku, terdapat 2 sebab utama yg akan mengakibatkan senario di atas tu berlaku :
  1. loan yg dah terlalu banyak kat dlm CCRIS ;
  2. baki hutang kad kredit yg dah mencecah tahap maksimum.
Kalau sebab pertama tu, mungkin jarang2 yg akan mengalaminya kecuali yg ‘suka’ gunakan duit bank utk melabur macam aku.. tapi kalau sebab yg no 2 tu, aku rasa ramai dari kita sekarang ni yg sedang mengalaminya. So, camne nak atasi masaalah tersebut. Kat bawah ni, aku gariskan beberapa strategi utk korang lakukan utk mengelakkan pihak bank menyekat peluang korang utk mendapatkan loan yg maksimum. Antara langkah2nya adalah :
  1. Pastikan baki hutang kad kredit berada pada tahap minimum ;
  2. Jika gagal, pohon kepada pihak bank utk menaikkan had limit kad kredit tersebut ;
  3. Jika gagal juga, apply kad kredit yang baru dgn had limit yg lebih tinggi dan korang pindahkan sebahagian dari baki yg sedia ada ke kad baru tersebut.

Aku rasa korang sume mesti tertanya2 kenapa plak nak kena apply kad baru dgn limit yg lebih tinggi. Silap2 haribulan mesti korang akan terbelanja lebih… hahaha. Sebenarnya dlm rekod CCRIS tu, pihak bank akan tgk camne korang uruskan aliran tunai @ cashflow korang. Kalau baki kad kredit korang dh maksimum, maknanya expenses @ perbelanjaan korang tu sebenarnya bergantung pada kad kredit. So, bila korang pindahkan sebahagian baki tu ke akaun kad yg lebih tinggi limitnya, takde la nampak sgt kebergantungan korang pada kad kredit tapi itu bukanlah jaminan utk korang dpt loan maksimum sbb ada beberapa perkara lagi yg pihak bank akan tengok dan perkara2 tu akan aku citerkan di post yg akan datang…

4 Comments

  1. fiz October 4, 2010
  2. kittymuiza May 23, 2012
  3. Anuar June 6, 2012
  4. AS July 25, 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge