Nak Belajar Manage Homestay Pulak..

Yezzaaa.. cuti-cuti Malaysiaku bermula. Hari ni aku dan salah sorang geng budak jahat aku (together with family) akan memulakan langkah percutian aku bagi memenuhi masa cuti sekolah anak-anakku. Maklumlah start dari cuti sekolah hari tu, paling jauh pun aku bawak diorang pergi holiday ialah ke Wetworld Shah Alam (ada la 5 minit drive dari rumah aku). Mana la diorang tak boring.. hahaha.

Kalau korang nampak, awek yang pakai baju biru tu cun ooo..

Destinasi aku kali ni ialah Tiara Beach Resort, Port Dickson dan atas ihsan TuanBri, aku berjaya diselitkan ke salah satu unit homestaynya kat situ. Rate dia, ok la (masih dalam range kemampuan aku). Kenapa aku tak gi holiday kat oversea? Sebab aku tak reti cakap omputih. Lagipun kat Malaysia ni pun aku tak habis jelajah lagi dan lenapa pulak aku pilih PD? Sebabnya cuti aku cuma ada sehari je lagi, so paling dekat dan sempoi untuk percutian 2 hari 1 malam, tak lain tak bukan kat PD la. Lagipun tujuan sampingan aku nak juga tengok macamana ‘otai homestay’ ni manage dia punya homestay. Mana la tahu kot-kot tergerak hati aku nak buat homestay jugak. Bila dah pernah dok kat homestay, at least tahu le nanti apa yang guest perlu dan apa yang diorang tak perlukan bila dok kat homestay. Bak kata Renesial Leong “when you start your investment, make sure you see it from ‘bird’s eye’ and not yours” dan kalau ditranslatekan ke bahasa kita  jadikla cenggini, “bila korang melabur, pastikan korang tengok pelaburan tu dari mata orang lain dan bukannya dari mata korang sendiri”. Oklah aku nak gi usha awek kat pool kejap. Nanti kalau ada yang menarik, aku update kat korang.

AE : Apasal Bri tak letak dekorder astro? Camne aku nak tengok Chelsea kalahkan Man U malam ni??

4 Comments

  1. Farid Adam December 19, 2010
  2. palie December 19, 2010
  3. tuanbri December 19, 2010
  4. Abdullah Pantaier December 20, 2010

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge