Nak masuk ke atau tidak?

Dalam entri VR2 hari tu saudara Aslam ada tinggalkan komen yang berbunyi “maintenance bil, cukai dan IWK nak kena masuk ke kalau nak tengok positif ke tidak return income sewa rumah tu” dan aku ada juga balas komen beliau dengan ayat” bergantung kepada individu bro”. Kenapa pulak ianya bergantung pada individu? Ye la, lain orang lain caranya. Macam aku, maintenance bil untuk rumah-rumah sewa aku, aku letakkan di bawah tanggungjawab penyewa untuk settlekan manakala segala macam cukai dan bil IWK aku akan pastikan ‘keuntungan berganda’ dari  pelaburan hasil sewa aku yang akan cover.

Apa maksud ‘keuntungan berganda’ tu pulak? Maknanya lebihan dari sewa yang telah korang kumpulkan sebelum jumlah tersebut korang laburkan untuk mendapatkan keuntungan berganda. Amacam, faham tak? Kalau tak faham, jom tengok contoh kat bawah ni :

Contoh :

Andaikan korang ada 5 buah rumah sewa dan setiap rumah, korang akan dapat lebihan sewa sebanyak RM200.00 sebulan. Ini bermakna setiap bulan korang akan dapat sejumlah RM1,000.00 lebihan sewa. Betul tak? Jumlah RM12,000.00 (RM1K x 12 bulan) tersebut korang laburkan  dalam pasaran saham dengan kadar keuntungan sebanyak 20% yang bakal korang perolehi dalam jangkamasa 1 tahun. Maknanya keuntungan berganda korang dari jumlah RM12,000.00 itu adalah sebanyak RM2,400.00 (RM12K x 20%) dan  ini bermakna setiap rumah sewa korang tu bakal mendapat habuan  sebanyak RM480.00 (RM2,400.00/5 buah rumah) untuk menampung segala macam cukai, insurans kebakaran dan juga bil-bil berkaitan seperti Indah Water. Tak ke untung namanya?

Walaubagaimanapun semuanya tertakluk kepada kepakaran korang menghasilkan keuntungan berganda tu dan kalau korang tak berapa confident, eloklah korang masukkan segala bil berkaitan ketika mengira rental return korang tu nanti.

AE : Apa pun disiplin menabung tanpa keluarkan balik duit sewa korang tu sebenarnya menjadi kunci kepada return yang berganda-ganda tu.

9 Comments

  1. Farid Adam January 14, 2011
  2. aslam January 14, 2011
  3. matjoe January 14, 2011
  4. are January 14, 2011
    • abangensem January 14, 2011
  5. Abdullah Pantaier January 14, 2011
    • abangensem January 14, 2011
      • matjoe January 18, 2011
  6. ekspresiruang January 17, 2011

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge