Nak Nangis Ni

Tahniah.

Itulah yang mampu aku ucapkan buat awek follower aku yang telah bersemuka dengan aku beberapa minggu yang lalu demi meleraikan kekusutan yang melanda beliau berbulan-bulan lamanya. Diheret dalam permasalahan pembelian hartanah beserta ugutan kehilangan deposit dari pihak tertentu telah membawa beliau menghubungi aku.

Beberapa nasihat dan langkah-langkah telah aku beri usai pertemuan tersebut walaupun jika mengikut terma-terma Perjanjian Jual Beli (S&P) yang ditandatanganinya, mana mungkin beliau akan dapat merasai kembali duit yang beliau telah laburkan sebelumnya.

Namun, kuasa Allah mengatasi segalanya. Tunjuk ajar yang aku berikan telah mampu melembutkan hati pihak-pihak terbabit dan cek berikut akhirnya telah berjaya berada dalam genggamannya. Ternyata beliau amat-amat gembira dan ini menyebabkan aku turut terkesan dengan kegembiraan beliau di kala terdapat segelintir pihak yang menyatakan ilmu yang aku kongsikan bersifat songsang.

Alhamdulillah.

Nak Nangis

AE : Bertambah seorang lagi yang akan jadi tukang payung aku hujung minggu ni.. hehehe.

17 Comments

  1. razis October 31, 2014
  2. faizul October 31, 2014
  3. Basri October 31, 2014
  4. eyriqazz October 31, 2014
  5. siti hazreen October 31, 2014
  6. abu yusuf October 31, 2014
  7. Kereta Sewa Shah Alam October 31, 2014
  8. Denaihati October 31, 2014
  9. Fyda Noh November 1, 2014
  10. myrujukan November 1, 2014
  11. Uncle Zuan November 2, 2014
  12. Roslan November 5, 2014
    • abangensem November 5, 2014
      • roslan November 7, 2014
  13. Rijaldo November 5, 2014
  14. nawari January 12, 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge