Nak pakai baju apa?

“Bro, aku tak tau le nak pakai baju apa masa seminar nanti. Pagi tadi aku pergi la survey kat Jusco tapi takde la pulak yang aku berkenan” – AE

“Ala bro, ko pakai je jersi Chelsea ko tu habis cerita. Biar yang datang tu tahu ko tu Chelseanya die hard fan” – Man Kuala

“Bukannya aku tak nak tapi aku takut diorang nampak perut aku yang ‘sejemput’ macam kat dalam gambar ni nanti  -> – > “Hahaha.. ko kata ko pergi gym hari-hari takkan la tak boleh slim kot” – Man Kuala

“Tu la pasal. Ko bagi la petua kat aku macamana nak jadik kurus macam ko” – AE

“Itu senang je yang penting ko tau tak teori sains tentang apa yang berlaku selepas kita makan?” – Man Kuala

“Tak tahu la bro. Aku dulu belajar pun takat Rampaian Sains je. Itu pun dapat C6 je masa SPM” – AE

“Kalau camtu ko dengar tips yang aku nak bagi ni” – Man Kuala

Tips Kuruskan Badan Versi Man Kuala :

Sebenarnya setelah makanan masuk ke dalam perut kita, satu jus yang dikenali sebagai ‘jus gastrik’ akan terhasil dari dinding usus kita yang mempunyai kadar pH sebanyak 1-2 (pH berbentuk acidic). Tujuan penghasilan ‘jus gastrik’ ini tak lain tak bukan adalah untuk membakar makanan yang telah kita telan tu. Walaubagaimanapun pembakaran tersebut tidak akan sempurna sekiranya selepas kita menelan atau menghabiskan makanan tersebut, kita terus meneguk air. Hasilnya tindakbalas antara ‘jus gastrik’ tersebut dan air yang diminum itu akan menghasilkan pH berkadar 6-7 (menghampiri tahap neutral 8 ) yang akan menghasilkan ‘bendasing’ yang kita kenali sebagai lemak. Lemak tersebutlah yang akan menyebabkan orang yang berwajah kacak seperti aku  nampak ‘hodoh’ di mata orang. Untuk itu.. “ko teguk air sebaik-baiknya selepas 10 minit ko habiskan makanan ko tu” – Man Kuala.

“Betul ke apa yang mamat ni cakap?” soal aku dalam hati. “Takkan mamat yang ada Diploma in Chemistry nak ‘kencing’ aku? Tak pe la.. aku follow je la cara dia ni. Kalau tak kurus jugak, aku tukar je la blog aku ni jadi Blog Abang Boncit pulak nanti.. hahaha”.

AE : Sori beb, entri kali ni takde kaitan langsung dengan property investment. Sekadar nak bercerita tentang persediaan aku untuk menghadapi hari Sabtu ni.

 

10 Comments

  1. Ardi_Starob May 9, 2011
    • abangensem May 9, 2011
  2. naimulfirdaus May 9, 2011
  3. asey May 9, 2011
  4. FIRDAUS BIN KHALID May 9, 2011
    • abangensem May 9, 2011
  5. Abdullah Pantaier May 9, 2011
  6. salehsobri May 9, 2011
  7. rumah dijual May 10, 2011
  8. Rais May 13, 2011

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge