Nampak kecik tapi BESAR

Korang jangan pikir lain pulak bila tengok tajuk kat atas tu. Takkan la blog property aku ni nak citer benda-benda lucah. Actually, aku nak ceritakan pengalaman aku stay kat ‘Homestay Satu Solution’ hari minggu yang lalu. Semua ni berdasarkan pemerhatian aku terhadap keperluan-keperluan yang biasanya pemilik homestay anggap remeh tetapi besar pengertiannya buat aku dan mungkin jugak korang. Kalau korang nak tahu apakah ‘keperluan-keperluan remeh atau benda-benda kecik’ yang aku maksudkan tu, korang boleh tengok kat gambar yang di bawah  dan ikut koranglah samaada nak bersetuju dengan aku atau pun tidak :

Arah tuju hidup kita

Benda ni adalah yang paling aku cari bila pergi ke mana-mana tempat. Sorry beb, bukan nak menunjuk atau bermegah tapi sebagai umat Muhammad, kita perlu tahu untuk apa kita hidup dan atas sebab itu kita perlu tahu arah kita di dalam mengerjakan tuntutan Rukun Islam yang ke 2 ni.

Bila arah kita dah jumpa, sejadah adalah satu lagi ‘keperluan  remeh’ yang sewajarnya disediakan oleh pemilik homestay. Mungkin ada yang takut kalau-kalau sejadah ni kena ‘cilok’ oleh si penyewa tapi bagi aku kalau kena ‘rembat’ pun, aku tak ralat sangat sebab secara tak langsung, ada ‘saham’ aku bila ianya digunakan untuk sembahyang. Lagipun takkan orang yang tak sembahyang nak ‘curik’ sejadah? Paling tidak pun mesti diorang ni ‘terlupa atau terambil’ untuk dibawa pulang. Tak gitu?

Aku salute dengan unit yang Satu Solution ni sediakan sebab diorang boleh terfikir nak gantung ayat ni kat dinding. Aku suka benda ni bukan sebab ianya boleh digunakan untuk menghalau hantu atau pun untuk menyejukkan unit tu sebaliknya atas sebab lain dan sebab yang aku maksudkan ialah ‘share’ yang bakal si pemilik homestay ni dapat bila si penyewa membacanya. Cuba korang bayangkan yang korang sedang duduk mengadap frame tu, kalau aku la paling tidak pun aku akan baca ayat tu sampai habis. Pahala tu beb dan seperti yang aku katakan tadi, secara tak langsung  tuan punya homestay pun akan dapat tempias pahala dari apa yang dibacakan oleh si penyewa. Tak ke berkat namanya?

AE : Couple bukan muhrim yang nak buat ‘projek’ pun ‘mungkin’ akan pikir 2-3 kali kalau semua benda ni ada kat unit korang tu.

7 Comments

  1. Farid Adam December 21, 2010
  2. algu December 21, 2010
    • abangensem December 22, 2010
  3. fiz December 21, 2010
  4. safuan December 21, 2010
  5. tuanbri December 24, 2010
  6. KenariPutih December 15, 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge