Nasib baik

Petang tadi (17/7/11), aku mendapat panggilan dari salah seorang follower aku yang bertanyakan tentang prosedur membida rumah menggunakan ejen rumah lelong. Pertanyaan yang kebanyakannya menjurus kepada caj-caj yang dikenakan terhadapnya membuatkan aku terfikir.. “wah.. lumayan juga diorang ni ye (ejen rumah lelong)” walaupun tidak semuanya bermotifkan RM (seperti Tuan Bri.. hehe). Setiap yang dilakukan oleh si ejen semuanya dicaj termasuklah urusan ‘land search’ yang boleh dilakukan sendiri oleh si pembida.

Namun sayang.. perkara paling penting (bagi aku la..) tidak diberitahu oleh ejen beliau secara jujur iaitu check rumah tu ada orang ke tidak? Apa yang disampaikan oleh ejen tersebut hanyalah .. “awak cuma boleh tengok dari luar saja sebab rumah tu belum jadi hak awak” dan nasib baiklah follower aku ni terdetik untuk menghubungi aku dan apa yang mampu aku katakan ialah “abang pergilah jumpa orang yang duduk kat rumah tu. Tanyakan samaada owner atau pun tenant. Kalau tenant, at least takde la susah sangat nak suruh dia keluar tapi kalau owner.. panjang sikit la ceritanya. Memang abang boleh amik ‘court order‘ untuk menghalaunya tapi semuanya tu datang dengan kosnya sendiri”.

Lewat malamnya, follower aku tu kembali menghubungi aku dengan cerita berikut “owner tu tak nak keluar la Meor. Dia kata dia nak saman bank sebab ada 2-3 perkara yang dilakukan oleh bank tidak mengikut tatacara lelongan yang betul dan dia sudah pun mempersiapkan kes sekiranya bank proceed jugak dengan lelongan tersebut. Kalau macam ni nampak gayanya macam tak berbaloi pulak saya nak amik rumah ni. Nasib baik la Meor bagitau, kalau tidak.. habislah 10% saya”.

10% abang tu mungkin boleh dapat balik cuma  akan ambil masa sikit la. Oh ye.. boleh saya tahu berapa 10% yang abang kena keluarkan tu?” – AE

RM14,000-00 aje“- follower aku

Uishhh banyak tu..” – AE

AE : Jangan lupa tengok dulu siapa penghuni rumah yang korang nak bida tu sebelum buat bank draft.

3 Comments

  1. matjoe July 18, 2011
  2. EmmoCore July 18, 2011
  3. AlumniAE_Seminar July 18, 2011

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge