• Pendaftaran Seminar
  • Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Blog Abang Ensem

Info & Tips Hartanah...

  • Utama
  • Biodata
  • Ebook
  • Hubungi Saya
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / sesi ngeteh / Ngeteh Santai Bersama Abang Ensem

Ngeteh Santai Bersama Abang Ensem

abangensem · 28 May 2012 · 25 Comments

Santai suasananya.

Enak rasa teh tariknya.

Menarik pemandangan kelilingnya.

Itulah yang mampu aku gambarkan ketika sesi ngeteh malam ahad yang lalu berlangsung, yang mana ianya berjaya mengumpulkan khalayak follower dan rakan blogger aku. Terharu juga rasanya bila mengenangkan ada yang sanggup datang sejauh Johor Bahru untuk memeriahkan suasana. Malah Tuan Denaihati dan Abang Zarul Umbrella juga sanggup meredah perjalanan sejauh berpuluh-puluh kilometer (dari Balakong dan Nilai) semata-mata untuk berkongsi cerita dan tips berblogging.

Entah apalah yang dikencingkan oleh Brader Jai sehingga mampu mencuit hati Abang Zarul dan Tuan DH kita ni?

Ya, antara blogger yang hadir pada malam itu antaranya Madammondoq (the only ‘awek’ penyeri suasana), Jejai (walaupun tidak berapa sihat khabarnya) dan Dr Aslam (watak penting ketika di kaunter pembayaran a.k.a Tukang Bayar). Selain dari itu rakan pelabur yang turut bersama adalah Brader Mil (walaupun jam 6 pagi berikutnya ‘terpaksa’ berlepas ke luar negara), Hadi (ex-company’s mate aku) dan juga Saudara Hafizi (Mamat JB).

Cubaan menempek oleh Dr Aslam (bukan nama sebenar)

Secara keseluruhannya suasana santai menguasai majlis. Setiap orang bebas memilih minuman masing-masing as long as ianya tanpa ais. Itulah syarat yang dikenakan oleh tukang bayar dan alhamdulillah, dek kerna takut untuk bayar ‘ais’ secara berasingan ketika di kaunter, hampir kesemuanya memilih kopi tongkat ali dan teh halia sebagai penambah tenaga untuk berdiskusi sehingga ke pagi.

Seorang papparazzi (berkamera DSLR) di belakang saudara Hadi cuba merakamkan gambar aku malam itu. Itu mesti peminat AE.. hehe.

Banyak juga tips-tips menaikkan trafik blog, meninggikan Page Rank (PR) blog yang dikongsikan oleh Tuan Denaihati manakala aku tanpa segan silu menurunkan ilmu memikat awek untuk dijadikan ‘suri’ untuk rumah-rumah sewaku. Terbaek seyhhh. Dan nampaknya di sepanjang minggu ini, akan aku kongsikan tips-tips berblogging dan menjana pendapatan yang aku perolehi dari perkongsian top blogger kita, Tuan Denaihati. So, watch out beb!!

Madammondoq yang terpaksa kami asingkan di meja sebelah ketika tips mendapatkan penyewa cun aku perturunkan pada suaminya.

AE : Agak kecewa kerana Abang Zarul lupa nak bawak borang pendaftaran keahlian BRAN untuk aku isi.. hehehe.

Rakan Baru AE : KLIK SINI

 
Tweet

Related posts:

  1. Sesi Ngeteh Bersama AE – Last Call
  2. Sembang Santai Bersama Tuan Faizul Ridzuan
  3. Mini Seminar Bersama Abang Ensem
  4. Seminar Hartanah Abang Ensem Siri Ke 5
  5. Pengalaman berkaraoke bersama penyanyi idola

Filed Under: sesi ngeteh Tagged With: denaihati, dr aslam, jejai, madammondoq, sesi ngeteh, tips berblogging, zarulumbrella

Reader Interactions

Comments

  1. KiD says

    28 May 2012 at 12:02 am

    supersonic commentator from shakiddo.com

    Reply
    • Nurul says

      28 May 2012 at 3:07 pm

      memang super…
      Nurul recently posted..Amazing Scanning Electron Microscope Photos

      Reply
  2. KiD says

    28 May 2012 at 12:03 am

    tak dapat bersua dengan Denaihati.. mungkin lain kali.. yang lain dah jumpa.. hehehehe.. selamat ngeteh..

    *lupa, nurul bersama2*
    KiD recently posted..Download Terpantas 4 Movie dalam Sejam!

    Reply
    • Nurul says

      28 May 2012 at 3:13 pm

      Hehehehe Nurul pun x dpt join hari tu..

      Ap yg kt rancang x semuanya berjalan seperti ap yg kita inginkan..
      Nurul recently posted..Amazing Scanning Electron Microscope Photos

      Reply
  3. eyriqazz says

    28 May 2012 at 12:10 am

    keadaan tak mengizinkan..kalau tak confirm saya terjah sekali…
    eyriqazz recently posted..Peluang Promosi Entri di Eyriqazz.Com

    Reply
  4. matjoe says

    28 May 2012 at 12:21 am

    Kalaulah aku sorang di rumah, pastikan ku terjah sesi ngeteh ni

    Reply
  5. Zarul Umbrella says

    28 May 2012 at 1:02 am

    aku masih sangsi lagi ni..kenapa ‘tanpa ais’?
    Zarul Umbrella recently posted..Sessi Ngeteh Blogger – Bukan Sekadar Minum Minum

    Reply
  6. Aslam says

    28 May 2012 at 8:16 am

    Masing-masing mempunyai aura tersendiri. Bro zarul, tanpa ais tu gimik yg ae timbulkan dari awal sebelum sesi ngeteh lagi. Haha
    Aslam recently posted..Sesi ngeteh bersama blogger

    Reply
  7. madammondoq says

    28 May 2012 at 9:31 am

    nasib i ada sebagai penyeri…. wink!
    madammondoq recently posted..Kids Photoshoot – Part 7 : Model Baru…

    Reply
    • Nurul says

      28 May 2012 at 3:10 pm

      Bunga sekuntum.. hehehe
      Nurul recently posted..Amazing Scanning Electron Microscope Photos

      Reply
      • abangensem says

        28 May 2012 at 11:57 pm

        Itu bukan bunga tapi dah tahap paku pakis dah.. hehehe
        abangensem recently posted..Ngeteh Santai Bersama Abang Ensem

        Reply
  8. Ardi_Starob says

    28 May 2012 at 10:20 am

    Sorry Meor tak dpt join u all mlm tue……badan totally wear out deq activity pagi yg pack….next time k…..

    Reply
  9. azman says

    28 May 2012 at 2:59 pm

    next time bro…kalau ada lagi lah..
    azman recently posted..Enjoy The Silence

    Reply
    • Zarul Umbrella says

      28 May 2012 at 8:44 pm

      bro nnt kita ngeteh ..nak gak menuntut dari bro ni hehehe
      Zarul Umbrella recently posted..Sessi Ngeteh Blogger – Bukan Sekadar Minum Minum

      Reply
      • azman says

        29 May 2012 at 1:24 am

        Ilmu apa bro nak tuntut he3..
        azman recently posted..Enjoy The Silence

        Reply
  10. Nurul says

    28 May 2012 at 3:10 pm

    Mana gambar nurul?? sampai hati… Merajuk ngan AE…
    Nurul recently posted..Amazing Scanning Electron Microscope Photos

    Reply
    • aslam says

      28 May 2012 at 4:06 pm

      ERkkkk…Dah tak dtg,mcm mana nak ada gambar…
      aslam recently posted..Sesi ngeteh bersama blogger

      Reply
      • Zarul Umbrella says

        28 May 2012 at 8:46 pm

        tu la AE kalo ye pun tepek je gambo Nurul ni..mana mana gambar pun ok tu
        Zarul Umbrella recently posted..Sessi Ngeteh Blogger – Bukan Sekadar Minum Minum

        Reply
  11. jeff says

    28 May 2012 at 4:17 pm

    tak popular segan nak datang..

    Reply
    • abangensem says

      28 May 2012 at 11:58 pm

      Citttt.. Yang popular cuma Zarul je sebab dia retis. Yang lain sume biasa biasa jek.
      abangensem recently posted..Ngeteh Santai Bersama Abang Ensem

      Reply
  12. zuan says

    28 May 2012 at 6:03 pm

    jelezzzzzzzz
    zuan recently posted..> #NNBMY2012 : Nuffnang Blogopolis 2012

    Reply
  13. Azydy says

    28 May 2012 at 8:46 pm

    apa la yang dibincangkan tu, bisnes baik ke.. atau nak buat geng talibarut 2 lak..hehe
    Azydy recently posted..10 Sifat Si Gadis Buat Lelaki Kacak Meluat

    Reply
    • abangensem says

      29 May 2012 at 12:00 am

      Ini bukan Geng Tali Barut 2 tapi Geng Tali Perut la Bro.
      abangensem recently posted..Ngeteh Santai Bersama Abang Ensem

      Reply
  14. JAI says

    29 May 2012 at 12:28 am

    Okeh..Next AE sila Cari Sponser lagi..kali ni Teh AIS dibenarkan
    JAI recently posted..Ketibaan Samsung Galaxy SIII di Malaysia

    Reply
  15. Anuar says

    30 May 2012 at 8:48 am

    Seronoknya bila tengok blogger-blogger terkanal berkumpul dan berkongsi info tentang dunia blogging dan pelaburan hartanah..

    Lain kali kalau ada lagi buat sesi macam ni boleh roger kawan2.. Insya Allah kalau ada kelapangan masa boleh join sekali..
    Anuar recently posted..Perkenalkan 1 Pembeli , dapat Komisyen RM1,000

    Reply

Leave a Reply to Zarul Umbrella Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Artikel Terkini

  • Tips Setel Loan Paling Jahat
  • Sesi Kocing Johor #2
  • Seminar Hartanah Johor : Ujub Menyentap Jiwa
  • Sesi Kocing Johor #1
  • Tekak Kering

Komen Terkini

  • Azman on Seminar Hartanah Terengganu : Sendu Bertukar Ceria
  • Azman on Tips Setel Loan Paling Jahat
  • INSURANS/TAKAFUL DALAM PELABURAN HARTANAH | CoachHartanah.com on Insurans/Takaful Di Dalam Pelaburan Hartanah
  • PencariMakan on Tekak Kering
  • Mohamad Helmi Hamdan on Ebook

Arkib

Statistik

جمعة
08 Jamadil Akhir 1442
Now : Isha (20:33)
Next : Imsak (06:3)
Change location

Copyright © 2021 · Daily Dish Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in