Nota Buat Anak Muda

Abang Ensem

Sedikit perkongsian buat anak-anak muda, hasil dari pengalaman aku seawal kerjaya aku 18 tahun yang lalu. Apa yang aku lakukan ketika itu telah meletakkan aku sepertimana yang anda lihat ketika ini.

Nota yang ingin aku titipkan adalah,

  1. Simpan sekurang-kurangnya 20% dari gaji anda. Amaunnya sepatutnya akan turut meningkat selari dengan peningkatan tangga gaji anda.
  2. Utamakan kiriman wang buat ayah dan ibu anda di kampung. Dalam kes aku, walaupun mereka tidak pernah meminta, tetapi restu dan rasa gembira mereka mampu memberkati rezeki yang aku perolehi ketika itu.
  3. Ikat perut dan nafsu anda. Inilah yang aku lakukan. Di kala nafsu meronta-ronta untuk merasai menu mewah, aku gantikan dengan bekal sebagai pelapik perut.
  4. Sewa bilik kecil sebelum berumahtangga, bukannya kondominium apatah lagi banglo. Malah, aku pernah berkongsi 5 orang sebilik di awal kerjaya aku dahulu.
  5. Bina pendapatan sampingan. Biar pun kecil amaunnya daripada tiada. Kenangan menjual ‘nata de coco’ sebagai side income dulu masih terpahat di ingatan aku sehingga kini.
  6. Tangguhkan pembelian kereta anda dahulu. Jika terpaksa, mulakan dengan kereta kecil seperti Perodua Kancil 660 GX sepertimana yang aku pandu dari tahun 1997 sehingga 2001.
  7. Beli rumah. Walaupun kecil, buruk dan busuk, yang penting pulangannya ‘wangi’. Dan sehingga kini, unit-unit ‘busuk‘ inilah yang memungkinkan aku mengecapi ‘financial freedom’ yang kebanyakan dari kita impikan.

Jika aku mampu. Kenapa tidak anda?

9 Comments

  1. Admin November 27, 2015
  2. Elle November 27, 2015
  3. mohdhiruan December 1, 2015
  4. aqmalfaiz December 4, 2015
  5. Kereta Sewa Shah Alam December 7, 2015
  6. omydroid December 12, 2015
  7. Sync December 16, 2015
  8. #shahzaidi December 30, 2015
  9. ira December 26, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge