Nyawa-Nyawa Ikan

Salah satu komen dalam status tular aku semalam dilontarkan oleh Tuan Khairuzzaman Zaki mengenai kebarangkalian pihak bank meluluskan cashflow yang ‘nyawa-nyawa ikan’ dek kerna jumlah hutang yang menimbun. Aku faham kegusaran beliau kerna kerap juga aku melihat situasi sebegitu ketika bergelar banker satu masa dulu. Paling menyedihkan, bangsaku memonopoli masalah sebegitu. 😢😢😢

Walaubagaimanapun, pengalaman sebagai tukang proses pinjaman di Credit Department sekitar tahun 2004 ternyata sedikit sebanyak membantu terutamanya apabila teman-teman rapatku memohon pandangan. Yang terbaru sekitar awal tahun ini. Apa yang aku cadangkan kepada mereka adalah :

  • Cetak dan semak dahulu Laporan CCRIS mereka. Selagi Laporan ini tidak ‘cantik’, selagi itulah mereka akan sukar mendapatkan pembiayaan bank walaupun gajinya sebesar 6 angka kerna di mata pihak bank, apa guna bergaji besar tetapi tidak mampu menguruskan hutang yang dipinjam.
  • Selesai urusan cetak dan semak, maka sila siapkan satu senarai pendapatan dan perbelanjaan termasuk segala hutang beserta instalmen bulanannya. Dari situ pihak bank akan dapat keadaan cashflow mereka. Jika ‘sihat’, alhamdulillah tetapi jika ‘tenat’, harapannya ada sinar untuk dipermudah.
  • Setelah siap cashflow terkini, buat pula satu ‘mock-up’/’simulasi’ cashflow selepas pembiayaan diperolehi. Sebaiknya letak kedua-dua cashflow ini ‘sebelah menyebelah’ atau ‘atas bawah’ agar pihak bank dapat melihat penambahbaikan yang bakal berlaku setelah kesemua hutang ini di‘consolidate’ di bawah pinjaman baru (termasuk refinancing) yang bakal diluluskan nanti.

Ya, kelihatan agak remeh tetapi tidak salah mencuba dan cara inilah yang telah memberikan nafas kepada beberapa orang temanku menyusun kembali cashflow mereka walaupun mereka bergaji kecil. Alhamdulillah.

Disclaimer : Cara ini hanyalah saranan kepada mereka yang ingin mencuba. Ianya bukanlah satu jaminan yang pinjaman anda akan diluluskan kerna kata putus masih tertakluk kepada konsep 5Cs yang sering aku kongsikan di dalam kelas hartanahku.

One Response

  1. Ira August 3, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge