• Pendaftaran Seminar
  • Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Blog Abang Ensem

Info & Tips Hartanah...

  • Utama
  • Biodata
  • Ebook
  • Hubungi Saya
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / my story / Nyawa-Nyawa Ikan

Nyawa-Nyawa Ikan

abangensem · 19 June 2017 · 4 Comments

Salah satu komen dalam status tular aku semalam dilontarkan oleh Tuan Khairuzzaman Zaki mengenai kebarangkalian pihak bank meluluskan cashflow yang ‘nyawa-nyawa ikan’ dek kerna jumlah hutang yang menimbun. Aku faham kegusaran beliau kerna kerap juga aku melihat situasi sebegitu ketika bergelar banker satu masa dulu. Paling menyedihkan, bangsaku memonopoli masalah sebegitu. 😢😢😢

Walaubagaimanapun, pengalaman sebagai tukang proses pinjaman di Credit Department sekitar tahun 2004 ternyata sedikit sebanyak membantu terutamanya apabila teman-teman rapatku memohon pandangan. Yang terbaru sekitar awal tahun ini. Apa yang aku cadangkan kepada mereka adalah :

  • Cetak dan semak dahulu Laporan CCRIS mereka. Selagi Laporan ini tidak ‘cantik’, selagi itulah mereka akan sukar mendapatkan pembiayaan bank walaupun gajinya sebesar 6 angka kerna di mata pihak bank, apa guna bergaji besar tetapi tidak mampu menguruskan hutang yang dipinjam.
  • Selesai urusan cetak dan semak, maka sila siapkan satu senarai pendapatan dan perbelanjaan termasuk segala hutang beserta instalmen bulanannya. Dari situ pihak bank akan dapat keadaan cashflow mereka. Jika ‘sihat’, alhamdulillah tetapi jika ‘tenat’, harapannya ada sinar untuk dipermudah.
  • Setelah siap cashflow terkini, buat pula satu ‘mock-up’/’simulasi’ cashflow selepas pembiayaan diperolehi. Sebaiknya letak kedua-dua cashflow ini ‘sebelah menyebelah’ atau ‘atas bawah’ agar pihak bank dapat melihat penambahbaikan yang bakal berlaku setelah kesemua hutang ini di‘consolidate’ di bawah pinjaman baru (termasuk refinancing) yang bakal diluluskan nanti.

Ya, kelihatan agak remeh tetapi tidak salah mencuba dan cara inilah yang telah memberikan nafas kepada beberapa orang temanku menyusun kembali cashflow mereka walaupun mereka bergaji kecil. Alhamdulillah.

Disclaimer : Cara ini hanyalah saranan kepada mereka yang ingin mencuba. Ianya bukanlah satu jaminan yang pinjaman anda akan diluluskan kerna kata putus masih tertakluk kepada konsep 5Cs yang sering aku kongsikan di dalam kelas hartanahku.

 
Tweet

Related posts:

  1. Tips tambahan bagi mudah lulus pinjaman
  2. Tips Lulus Pinjaman : ‘Co-Borrower & Guarantor’
  3. ‘Lunch Date’
  4. Tips Setelkan Hutang Jahat
  5. Fasa Pelaburan Abang Ensem

Filed Under: my story Tagged With: cashflow sakit

Reader Interactions

Comments

  1. anuar says

    27 June 2017 at 7:09 am

    Nak kena rekod senarai sewa bulanan penyewa.. kalau homestay, kena buat rekod sewa homestay lah kalau macam tu yer..
    anuar recently posted..Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak

    Reply
  2. Ira says

    3 August 2017 at 12:20 pm

    Nice sharing. Boleh dimanfaatkan dan dijadikan panduan.
    Ira recently posted..Keajaiban Perjalanan Hidup Seorang Wanita

    Reply
  3. Nor Hazmira Mihamzah says

    10 October 2017 at 2:13 am

    Alhamdulillah.. banyak info yang saya dapat.. in shaa Allah akan check CCRIS dan sebagainya..
    Nor Hazmira Mihamzah recently posted..ESP SOYA TERBAIK DAN SELAMAT

    Reply
  4. kauthar mohd says

    14 February 2018 at 12:20 am

    terima kasih atas perkongsian. memang sharing begini banyak bagi manfaat pada semua yang tengah mencari panduan.
    kauthar mohd recently posted..Set hamil pilihan ibu – bekalkan nutrisi semulajadi

    Reply

Leave a Reply to anuar Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Artikel Terkini

  • Tips Setel Loan Paling Jahat
  • Sesi Kocing Johor #2
  • Seminar Hartanah Johor : Ujub Menyentap Jiwa
  • Sesi Kocing Johor #1
  • Tekak Kering

Komen Terkini

  • INSURANS/TAKAFUL DALAM PELABURAN HARTANAH | CoachHartanah.com on Insurans/Takaful Di Dalam Pelaburan Hartanah
  • PencariMakan on Tekak Kering
  • Mohamad Helmi Hamdan on Ebook
  • Mohamad Helmi Hamdan on Ebook
  • Faris Naqib on Setahun Sudah Berlalu

Arkib

Statistik

جمعة
15 Rabiul Akhir 1441
Now : Dhuhr (13:07)
Next : Asr (16:31)
Change location

Copyright © 2019 · Daily Dish Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in