Peringatan untuk orang-orang utara, tolong jangan datang ke mini seminar aku dalam tempoh sebulan dua ni. Bukan aku goyang atau pun gigil nak berhadapan dengan korang. Jauh sekali berasa rendah diri di atas kemontelan tubuh aku yang dahulunya sasa. Tetapi ini semua disebabkan aku dah pun membuat perancangan untuk ke sana. Tempatnya belum dapat aku pastikan lagi. Mungkin Penang, mungkin juga Alor Setar, paling tidak pun Padang Besar tetapi yang pasti ianya cukup untuk memberi peluang korang yang berada di utara untuk turut sama menatap wajah ensem aku ni. Tarikhnya pula, berkemungkinan besar penghujung Mac atau pun awal April manakala fi penyertaannya pula aku akan cuba ‘letak’ serendah yang mungkin. Yang pasti ianya takkan sama dengan RM88 yang aku kenakan bagi mini seminar bulanan aku. Ye lah, aku kena la caj lebih sikit supaya cukup untuk cover duit minyak aku dan sebelum korang kata “Ala.. berapa sen sangat la duit minyak kereta Wira“, sukacita aku nak maklumkan.. bukan minyak kereta Wira yang korang nak kena cover tapi minyak MAS/Airasia yang patut korang ambil kira.. heh heh heh.
“Apasal pulak AE nak naik flight? Drive je la, bukannya jauh sangat KL-Penang ni” dan jawapan jujur dari aku.. ” Kalau aku drive, kesian kat awek-awek stewardess tu nanti. Diorang pun nak jugak kenal dengan abangensem“. Jadi bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai sesi aku di sebelah utara, cepat-cepatlah korang email detail korang kat aku dan bagi siapa yang sanggup menjadi penganjurnya, “kecil tapak tangan, pipi stewardess aku tadahkan“.. hahaha.
Sementara itu, tarikh mini seminar aku untuk bulan ini telah aku tetapkan pada 28hb Januari (sabtu minggu ke 4) dan bagi yang telah mendaftar sila semak inbox e-mail korang bagi memastikan korang menerima invitation e-mail dari aku dan seterusnya dapat mengesahkan kehadiran korang tu nanti.
Bagi orang utara yang berminat untuk menyertai sesi di utara nanti, sila e-mailkan butiran-butiran berikut kepada aku @ abangensem98@gmail.com :
Tarikh yang dicadangkan :
Lokasi yang dicadangkan :
Fi yang dicadangkan : RM
Topik yang korang cadangkan :
AE : Kalau ada permintaan, lepas ni aku akan ke Selatan pulak.
Related posts:




Nak ikut naik airasia sekali ble?hik3…
eyriqazz recently posted..Give Away | Wang Kertas Malaysia Siri Baharu
semalam baru je breakfast ngan stewardess singapore airlines. ada dari indonesia, ipoh, thailand dan of coz org singapore.
ariff recently posted..Seminar Hartanah Power
Wow.. Woww.. Mmg berselera la makan .. Hehe
Aslam recently posted..Good tips
Aii dah lari konsep nampak.. Dah mula nk naikkn rege plak..plan yang bagus guna other people money utk langsaikan wira dan passive income 50k utk 2012.
Its All about Business Bro & at the same time Sharing a good Information kepada orang ramai dengan bayaran yang gua rasa takdelah mahal berbanding apa yang bakal diperolehi, gua rasa tak salah kalau naikkan harga dengan Kos Sara diri pun semakin meningkat dan macam-macam yang semakin naik. Takkan nak turunkan harga pulak? Kalo camni Parah worrr..GIANT pun boleh tutup kedai bro..
JAI @ JEJAI recently posted..Siapakah Pemilik Nombor Pendaftaran Kenderaan JA1 , JA111 dah Dapat Di Rakam Dah
I loikee komen ko jejai..
Aslam recently posted..Isu yang tidak pernah selesai
i like it too ~
Labu jeles tuh…sabor je lah AE
aBu recently posted..PFCE Jobs and Career
Nak buat camne Bro, itulah kos yang perlu dibayar kerana sanggup meninggalkan anak bini yang tengah pregnant.. hehe. Anyway, insyaallah fi yang bakal dikenakan tidak akan membebankan mereka yang bakal datang. Aku masih ingat lagi tujuan asal aku, not for profit but for knowledge sharing. Apa pun, thanks bro for reminding me.
salam,
legaaaa baca kehadiran AE kat utara nanti, rasa mcm terpinggir sangat takleh pi seminar AE sebelum neh. Ai nak book satu tempat utk ai ok..
Betui tu yang penting ilmu perlu disampaikan. semoga saham akhirat dapat diteruskan.. Saya orang utara ( penang ) Tak kisah kalau bayar lebih sikit dari biasa.
Saya ada cadangan untuk AE: Hopefully bro boleh sesuaikan tajuk bro tu dengan situasi setempat di kawasan Utara. Mungkin ada sesetengah perkara yang boleh buat di Klang Valley tapi tak boleh buat di sana. Just my dua kupang
harap2 fi tu mmg bebetul tak membebankan …. teringin benar nak join mini seminar AE
ian shah recently posted..Panduan Menanam Pokok Pisang
Saya cadangkan kekalkan aja yuran tu. Sape setuju?-:)
Rasa tak salah bro nk naikkan fees, bukan apa. Kos yg terlibat utk ke sana perlu la di byr semula. Bukan la keuntungan semata yg dikejar. Kalau tuan labu nak sponsor, rs nya dialukan..
Aslam recently posted..Good tips
yup…RM88 > RM111 pun cun gk pe…
aBu recently posted..PFCE Jobs and Career
ipoh x mau dtg ke bro…ke dah bosan, hahaha
i nak ikut pi utara!!!!
madammondoq recently posted..Eh.. Bestnya Pencuci Muka Ni!
Jom..reramai kita gi…AE Sponser Blogger Family day kat Utara…miahahaha
JAI @ JEJAI recently posted..Siapakah Pemilik Nombor Pendaftaran Kenderaan JA1 , JA111 dah Dapat Di Rakam Dah
Nak gak wehh..tadah pipi stewardess..hehe
JAI @ JEJAI recently posted..Siapakah Pemilik Nombor Pendaftaran Kenderaan JA1 , JA111 dah Dapat Di Rakam Dah
Rasanya kos mini seminar setakat ni yang paling rendah adalah abangensem punya seminar, yang lain semua mahal-mahal. So, kalau dinaikkan sedikit dan tidak membebankan rasanyer ok, sebab, kos nak datang ke utara tu lebih tinggi dari buat seminar di KL, betultak?
ae jgn lupa bwk balik jeruk macam2 kaler tu.
matjoe recently posted..Helmet Kanak Kanak untuk Hasanah
nampaknya AE bole bisness jeruk kat KL bila dah datang sini nanti heeeeeee
Bole la, orang utara tengok takat mana hensemnya abgensem ni, Kalo ensem jgn buat loglag sudah la mai utara.
Bagus la bro… tahun 2012 nie dah mula buat ROAD TOUR satu Malaysia yea….Syabas !!!
hazman aka species1980 recently posted..Live Chat EKSKLUSIF bersama ROZITA CHE WAN
Nak ke buat kat area seberang perai tengah, area2 bandar perda. Boleh aku carikan tempatnya…
AlumniSeminarAE recently posted..Photo-Photo Condo
Special request :
Nak ikut AE tour Malaysia kongsi ilmu…(jadi budak milo pn xpe)
aBu recently posted..PFCE Jobs and Career