Padan Muka Aku

“Ni Encik Zaidi ye? Saya ni Fiza. Saya dapat tahu yang Encik Zaidi nak sewakan masterbedroom Encik Zaidi kat Perdana. Masih kosong lagi ke? Saya berminat nak menyewa bilik tu” – Prospek

“Hmmm.. sebenarnya dah saya reservekan untuk kawan kepada penyewa saya kerana kata penyewa saya, kawannya berminat nak sewa bilik tu. So, saya rasa eloklah Cik Fiza cari je bilik atau rumah yang lain ye” – balas AE dengan bongkaknya.

“Oh.. kalau macam tu, takpe la. Terima kasih ye Encik Zaidi” – Prospek

“Sama-sama” jawab AE dengan angkuhnya.

5 minit kemudian :

“Wafa, kawan awak jadi ke nak masuk bilik depan tu?” – AE

“Jadi bang. Saya dah bagi nombor cell phone abang kat dia. Dia takde call ke?” – Wafa (penyewa bilik kecil)

“Takde pulak. Siapa nama kawan awak tu?” – AE

“Fiza bang..” – Wafa

“Haaaaa.. Oh tidakkkkkk” – AE dengan suara longlai.

Pengajaran buat korang :

Tanya dulu dari mana prospek korang tu dapat nombor korang bagi mengelakkan peristiwa di atas terjadi kat korang.

AE : Sampai sekarang aku tak dapat call Si Fizah tu. Mungkin dia dah block nombor cell phone aku kot. Melepas RM ribu-ribu.. Huwaaaaa.

10 Comments

  1. Sarip July 8, 2011
  2. mizz bananaz July 8, 2011
  3. Ardi_Starob July 8, 2011
  4. mohd July 8, 2011
  5. hafiz July 8, 2011
  6. haiqal July 8, 2011
  7. eyriqazz July 8, 2011
  8. wakif July 9, 2011
  9. titan July 9, 2011
  10. pilotHans July 10, 2011

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge