Page ‘Homestay’?

Teruja betul aku bila tengok entri aku berkaitan homestay di sepanjang minggu ini mendapat komen yang diluar jangkaan. Ada yang siap boleh buat satu entri lagi (macam komen saudara Azman). Ada jugak pandangan dan pendapat yang selama ini aku tak pernah terfikir pun seperti pentingnya hubungan si pemilik dengan budak maintenance selain pengakuan jujur tentang income yang diperolehi dari projek homestay korang ni.

Atas sambutan yang diluar dugaan ni, tergerak pulak hati aku untuk sediakan satu ‘page’ yang khusus untuk korang iklankan rumah homestay korang tu. Mana la tahu out of the few hundreds pembaca aku, ada yang tergerak nak pergi bercuti kat homestay korang tu. Jadi dapatlah korang masyuk sedikit dan ada la amal jariah blog aku ni kat korang. Anyhow, ini hanya sebagai cadangan aku dan ianya bergantung pada kesanggupan moderator aku, saudara Ariff Shah untuk menyediakan ‘tapak’ tersebut, manakala bagi korang yang berminat untuk mengiklankannya, sudi-sudikanlah hantar banner homestay korang tu beserta dengan nama dan contact number korang ke e-mail abangensem98@gmail.com. Ingat, tempat adalah terhad.

AE : Apa kata survey?

8 Comments

  1. nogix December 24, 2010
  2. algu December 24, 2010
    • abangensem December 25, 2010
  3. yusri December 24, 2010
  4. suripermata December 24, 2010
  5. algu December 24, 2010
  6. tuanbri December 24, 2010
  7. azman December 27, 2010

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge