AE : Bukti yang menunjukkan presentation aku macam hampeh, sehinggakan panel forum aku sendiri boring dengan apa yang aku sampaikan.. hehehe.
AE : Bukti yang menunjukkan presentation aku macam hampeh, sehinggakan panel forum aku sendiri boring dengan apa yang aku sampaikan.. hehehe.
Inilah antara tips hartanah paling mendapat tempat di kalangan para pengikut akaun facebook aku. Seramai 107 orang telah meLIKE status aku ini namun, aku agak konfius samaada mereka tertarik dengan tips hartanah tersebut atau pun tips mengelakkan renjatan elektrik tu?
AE : Teruskan meLIKE status tersebut di wall FB aku.
Pasti ada yang terbaca status aku di Facebook petang semalam.
Terkejut dan terharu, menjadi ayat paling tepat untuk aku tulis. Manakan tidak, apabila terpandangkan satu angka yang agak besar yang ingin menghadiri talk aku minggu ini. Bukan ingin berlagak atau pun menyombong, tetapi jika dilihat kepada ilmu hartanah dan gaya penyampaian aku, terasa aku sebenarnya belum layak untuk berhadapan dengan sejumlah besar khalayak pendengar yang aku percaya, ada di kalangan mereka jauh lebih berjaya dari aku. Tapi aku pasrah, apatah lagi tatkala rakan niaga aku berpesan, “Ada juga ilmu yang kamu tahu tapi orang lain tak tahu”. Hmmm.. betul juga kata beliau. Justeru, aku cuba untuk memberikan yang terbaik pada setiap siri talk yang aku beri.
Lebih istimewanya sesi talk aku kali ini, apabila Tuan Faizul WTF? telah sudi untuk berkongsi cerita pelaburannya sepertimana yang telah korang baca di dalam buku WTFnya. Semoga kehadiran beliau nanti mampu menaikkan semangat peserta untuk meneruskan langkah di dalam pelaburan hartanah ini, insyaAllah.
AE : Perkongsian terdahulu Tuan Faizul WTF? kita ini boleh korang perolehi menerusi LINK INI.
Seperti yang ramai sedia maklum, semalam aku telah diundang sebagai tetamu jemputan untuk slot Inspirasi Usahawan di Radio IKIM FM. Peluang yang diperolehi melalui Dewan Perniagaan Islam Malaysia telah membolehkan aku berkongsi pengetahuan dan pengalaman aku di dalam bidang blogging yang telah menjadi sumber pendapatan aku semenjak 4 tahun yang lalu. Banyak juga rahsia yang telah berjaya dicungkil oleh DJ Yati ketika on-air semalam, terutamanya tentang jumlah pendapatan bulanan yang diperolehi.
Sebenarnya kehadiran aku lebih kepada mempromosikan siri Seminar Buat Duit dari Blog yang bakal dianjurkan oleh Denaihati Network Sdn Bhd dengan kerjasama dari Dewan Perniagaan Islam Malaysia itu sendiri. Sebagai salah seorang dari individu yang bertanggungjawab mengaturcara keseluruhan majlis ini, adalah sebaiknya untuk aku menceritakannya menerusi ruang slot yang diberi dan Alhamdulillah sambutan yang diterima selepas slot tersebut amat-amat memberangsangkan.
“Apa yang bakal disajikan di Seminar itu nanti Bro?” soal Brader Mil usai aku menceritakan pengalaman berada di konti semalam (dengan nada riak tak hengat).
Buat makluman semua, kebanyakan dari mereka yang mempunyai blog, rata-rata hanya mengetahui yang income hanya terhasil dari iklan yang disumbangkan oleh para pengiklan seperti Nuffnang, Advertlets, Adsense dan sebagainya, dan amat kurang blogger yang mengetahui tentang bentuk-bentuk pendapatan yang lain. Oleh itu, siri Seminar ini bakal membongkarkan sumber-sumber pendapatan lain yang mampu dijana menerusi blog. Untuk itu, beberapa nama besar seperti Saudara Shuth, Titan, Amanz.my, Rayyan Haries dan Cik NisaKay akan berkongsi rahsia mereka memperolehi pendapatan lumayan dari blog. Masing-masing dengan sumber pendapatan yang berbeza yang hanya akan dibongkarkan pada hari tersebut. Jadi buat korang yang teruja untuk mengetahuinya, siri Seminar setengah hari ini boleh disertai pada kos sekecil RM50-00 dan pendaftaran hanya boleh dilakukan menerusi LINK INI.
AE : Buat para awek yang telah mendaftar, sudi-sudikanlah menegur aku di majlis itu nanti, manakala buat sang balak, “Sorry guys, I’ll be SUPER busy on that day”. So, korang carilah orang lain untuk ditegur.. hehehe.