Semalam sempat aku berbual dengan engineer aku yang baru balik dari site di Miri. Beliau yang mengetahui yang aku baru sahaja mengadakan kelas hartanah bulananku, melontarkan soalan berikut kepadaku, “Bang, relevan lagi ke kelas Abang? Kan harga rumah dah makin mahal dan susah kalau nak dapat positive cashflow kalau dibagi sewa” Aku senyum dan memandang […]
Aku Ada Banyak Akaun
Aku ada banyak akaun bank, MBB (3), CIMB, PBB, RHB, Affin, StanChart, HSBC dan KFH. Setiap akaun mempunyai fungsinya yang tersendiri. Ada akaun bil, ada akaun dana kecemasan, ada akaun bagi dana pelaburan malah ada juga dijadikan dana ‘jimba-jimba’. Dengan adanya akaun yang mempunyai fungsinya tersendiri, secara tidak langsung ianya membantu aku untuk mengawal aliran […]
Tips Menaikkan Kadar Sewa
Semalam aku ditanya, “Bagaimana cara aku menentukan kadar sewa yang baru selepas tamat tempoh Tenancy Agreement yang lama dan bagaimanakah cara aku menyampaikannya kepada penyewa yang pembayarannya tip-top tak pernah culas”. Cara aku mudah, Aku akan check rental rate terkini kawasan sekitar. Aku hanya naikkan pada kadar yang lebih rendah dari kadar terkini. Jika penyewa […]
BBR Mesra Day? Apa tu?
BBR Mesra Day? Apa tu? BBR tu kalau tak silap aku stands for “Bandar Bukit Raja” dan bila ditulis BBR Mesra Day, pastinya seakan satu acara yang mempunyai pelbagai aktiviti yang menyeronokkan yang disediakan oleh penganjur. Siapa pula penganjurnya? Ya, siapa lagi jika bukan Sime Darby Property, pemaju unggul tanahair dan memandangkan penganjurnya adalah pemaju, […]
Seminar Hartanah Johor : Meriah
Selesai sudah destinasi ke-4 jelajah hartanah aku untuk tahun ini. Seperti yang dijangka, peserta Johor tidak pernah mengecewakan bila mana hampir 43 kerusi di Bilik Seminar 1 Hotel Suria City, Johor Bahru telah diisi. Alhamdulillah. Cuma agak berbeza dari kebiasaannya tatkala melihat tiada sebarang soalan pun diutarakan pada 2 jam pertama. Agak merungsingkan kerna tidak […]
SUPER ACAI BERRY NUTRITION
Setelah sekian lama aku tidak dijemput untuk sebarang product review, tiba-tiba rabu lepas aku telah menerima jemputan ke majlis pelancaran produk “SUPER ACAI BERRY” kepunyaan salah seorang rakan sekolahku. Terkejut. Tergamam. Tak sangka yang rakan lamaku sudah semakin sukses. Apa itu “SUPER ACAI BERRY”? Ianya adalah satu makanan kesihatan sebagai suplemen penambah stamina dan […]
Sedekad Sudah Berlalu
Semalam buat pertama kalinya ada peserta seminar hartanahku yang bertanyakan perihal pengalaman aku membeli rumah lelong semenjak tahun 2001 dulu. Beliau yang bakal memasuki dewan lelongan bulan depan bertanyakan tips sebelum membida. Agak berat juga untuk aku berkongsi tips memandangkan sudah hampir 10 tahun aku tidak membida. Seingat aku kali terakhir aku mengangkat papan bidaan […]
Momen Yang Tertinggal
Nampaknya banyak juga momen-momen indah yang aku tertinggal untuk bercerita di blog ini, terutamanya yang berkaitan dengan siri jelajah hartanahku untuk tahun ini. Jika kisah seminar di Ipoh telah aku ceritakan di dalam entri sebelum ini, terdapat 3 lagi siri seminar yang pada aku memberikan momen yang agak manis untuk tahun ini. Seminar Hartanah Sarawak […]
Momentum Merudum
Alhamdulillah, tahun ini merupakan tahun ke 6 aku membuat perkongsian ilmu hartanah melalui siri kelas/seminar hartanah secara berkala. Jika di Shah Alam, hampir setiap bulan aku mengadakannya, manakala di serata Malaysia hampir setiap bulan aku akan menjelajah dari satu negeri ke satu negeri. Alhamdulillah juga, sambutan yang aku terima tidak pernah menghampakan sehinggalah ke penghujung […]
Masuk Paper Lagi
Ya. Aku masuk paper lagi. Kali ini di Sinar Harian untuk ruangan “Bisnes”. Tajuk kali ini seperti biasa, jenis-jenis pelaburan dan aku diwawancara bagi topik hartanah. Sebenarnya, temuramah ini dilakukan menerusi talian telefon. Jadi tidak hairanlah terdapat beberapa fakta atau info yang kurang teratur antaranya seperti, Mana mungkin sewa RM800 jika ditolak bayaran bulanan bank […]