Pasal tu la aku ‘main’ low-cost..

Sambung balik entri semalam tapi sebelum tu TAHNIAH untuk team Harimau Malaya yang menang Suzuki Cup hari rabu hari tu. Sebab korang la aku mengangkang cuti kat rumah hari ni (Jumaat).

“Beb, nak buat camne kalo rumah sewa jauh dari rumah wireman/plumber?”

Sebenarnya inilah salah satu kelebihan kalau korang ‘main’ rumah low-cost, sebabnya kat mana-mana low-cost flat ni korang boleh nampak iklan wireman atau pun plumber bersepah-sepah ditampal kat dinding-dinding bangunan. Aku rasa pemandangan-pemandangan sebegini amat jarang ‘dinikmati’ oleh mata-mata korang kat kawasan condo-condo mewah, betul tak? So, bila si penyewa yang jauh tu start mengadu tentang masalah blackout ke atau pun piping problem, apalagi suruh je la diorang call iklan yang bertampal tu dan korang dah tak payah menyusahkan diri  untuk pergi tengok rumah sewa tu melainkan kalau si penyewa tu secantik Lisa Surihani.. hihihi. Anyway, kalau rumah korang tu taraf-taraf condo mewah, korang suruh le tenant korang tu gi usha kat tiang-tiang lampu ke atau pondok-pondok telefon kalau-kalau ada iklan tukang paip atau wireman tu. Kan senang.

AE : Kalau umah korang tu standard condo, cajnya pun silap haribulan taraf-taraf condo jugak le jawabnya.

3 Comments

  1. propertywaltz.com December 31, 2010
  2. propertywaltz.com December 31, 2010
  3. khairul February 25, 2011

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge