Patutkah ianya di’ebook’kan?

leaderboard2 denaihati Banner

 

Pastinya kepada korang yang menjadi rakan facebook aku sudah biasa melihat timeline-timeline yang menjengkelkan seperti ini :

Namun, tahukah korang yang ayat-ayat seperti ini rupa-rupanya mempunyai ‘pengikut setia’nya yang tersendiri setiap kali aku berada dalam LRT. Bukan setakat follower blog dan rakan-rakan yang mengenaliku malah sehingga membawa kepada kaum keluarga terdekat aku dan mem aku sendiri yang banyak me’LIKE’ timeline-timeline tersebut *mode : terharu.

Caption yang aku cilok dari timeline Brader Eyriqazz

Pada asalnya semuanya ditulis dengan tujuan sekadar menghiburkan hati rakan-rakan FBku terutamanya di awal pagi hari isnin (monday blues), agar langkahan korang ke ofis pagi tu bakal diiringi dengan senyuman sumbing hingga ke telinga. Alhamdulillah, feedback yang aku terima agak positif walaupun mereka sebenarnya tidak begitu berpuas hati dengan ayat-ayat poyo tersebut dan buat pengetahuan korang, walaupun bunyinya seakan menjengkelkan tetapi percayalah kebanyakan ayat-ayat tersebut telah mampu untuk aku memulakan perbualan dengan gadis-gadis yang tidak aku kenali sebelumnya, antaranya adalah ejen unit trustku INI yang aku ‘tackle’ semasa di dalam LRT.. hehe.

Namun semua itu bakal ternoktah dek kerna aku tidak lagi akan ber’LRT’ setiap pagi dan petang kerana aku telah pun menamatkan khidmat aku sebagai banker semalam. Dan tanpa aku sangka, terdapat beberapa rakan FBku yang meminta aku meng’ebook’kan koleksi himpunan ayat-ayat tersebut untuk dijadikan penghibur mereka ketika mood mereka ‘down’. Malah ada di antara mereka yang meng’sms’ dan menghantar private message kepada aku memberitahu yang ianya sebenarnya satu ilmu yang patut aku kongsikan *konfius aku*.

 

Persoalannya sekarang, PATUTKAH IANYA DI’EBOOK’KAN?

AE : Selamat tinggal ‘gadis-gadis’ LRT. Pasti korang akan merindui muka ensem ku ini. Peace!!

This entry was posted in my story and tagged , . Bookmark the permalink.

14 Responses to Patutkah ianya di’ebook’kan?

  1. Denaihati says:

    Sokong buat eBook tapi jangan jual murah bro … biar mahal walaupun tak ada orang nak beli sebab value pengalaman itu mahal harganya bukan nilai kertas yg di print.
    Denaihati recently posted..Fatin Liyana Top Blogger Denaihati

  2. fazrol says:

    habih laa mood nk p kerja bila tak baca status camni lg.. selalu msti aku tersenyum sorang2..
    fazrol recently posted..Review P1 Mifi MF230!

  3. halif says:

    Itula..poyo itu best. siapa kata poyo tak best.
    halif recently posted..Kemana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi?

  4. azman says:

    Kalau orang tak biasa dengan “ayat2 gatal” A.E memang rasa poyo.Tapi kalau dah biasa tu boleh senyum kambing sensorang :)
    azman recently posted..Bila Dah Tua Baru Nak Minum Susu

  5. azriMy says:

    wah, semua benda boleh dijadikan aset berharga…. nice
    azriMy recently posted..Sebab Kritikal Azri Johan Blogging

  6. boni kacak says:

    hahahaha.. ayat2 macam ni memang ada kelas yang tersendiri sebenarnya.hahahaha. orang cakap ayat hyperbola.hehehe
    boni kacak recently posted..Jumpa Bro Jejai

  7. hatiputera says:

    Pengalaman adalah mahal untuk diebookkan. kena jual mahal sikit harganya AE.
    hatiputera recently posted..Pengalaman Blogging

  8. hahhaahha unique pickup linesss abang ensem! bukan ‘stereotype’ nyer…lol!
    pinkbubblegumprincess recently posted..Regatta Sarawak serta Karnival Sains dan Inovasi Sarawak 2012

  9. abang khai says:

    LRT di Kelana Jaya pastinya akan lengang dengan ketiadaan gadis-gadis yang menanti AE.. hahaha
    abang khai recently posted..Abangensem – dahulu dan sekarang.. (siri 3)

  10. Juan says:

    ebook sahaja, buat sebagai cenderahati buat pembeli ebook secara pukal, hehe
    Juan recently posted..Sebab dan Punca Utama Saya Menulis di Blog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge