Pelabur Hartanah Genius, Buah Tangan Dari Dr Shah Razali

Pelabur Hartanah Genius 1

Sebuah lagi buku hartanah berbahasa melayu bakal memasuki pasaran tidak lama lagi. Buku bertajuk “Pelabur Hartanah Genius” hasil tulisan Dr Shah Razali, seorang pelabur hartanah melayu yang aku anggap berjaya ternyata berbaloi untuk dimiliki dan aku merupakan antara pembeli terawal yang berjaya memiliki buku ini apabila berkesempatan untuk menyertai majlis pelancarannya di Puchong lewat hujung minggu yang lalu.

Majlis Pelancaran Buku Pelabur Hartanah Genius

Bagi aku, buku Pelabur Hartanah Genius ini merupakan sebuah buku motivasi kekayaan berteraskan Islam dan ternyata jalan ceritanya mampu menyuntik semangat untuk aku lebih bermatlamat di dalam pelaburan hartanah ini. Sajian humor yang dinukilkan menerusi jenis-jenis perkataan seperti ‘Jastin Bibir’ dan ‘teknik geli-geli’ telah turut memberikan kelainan di dalam aspek penceritaannya. Ternyata ianya satu pelaburan ilmu yang bagi aku berbaloi-baloi untuk dimiliki, tambahan pula tanda harga yang diletakkan adalah pada harga mampu beli (RM35.90) dan ianya boleh ditempah menerusi LAMAN WEB INI.

AE : The only review yang mampu aku katakan terhadap buku ini ialah, “Walaupun wajah si penulis tidaklah seensem aku tetapi ilmu hartanah pemilik 60 buah hartanah ini jauh lebih ‘kacak’ dari ilmu hartanah yang aku miliki”. Tahniah DSR.

3 Comments

  1. Melastik Bintang April 30, 2013
  2. Bidadari May 11, 2013
  3. zham February 13, 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge