Peluang Terhidang – Rumah Below Market

leaderboard2 denaihati Banner

 

Alhamdulillah.

Itu yang mampu aku ucapkan bila mana apa yang aku impikan selama ini menjadi kenyataan. Jika sebelum ini antara tujuan aku berblogging adalah untuk berkongsi maklumat tentang pelaburan hartanah terutamanya bagi hartanah yang mempunyai potensi untuk meraih keuntungan, akhirnya perkongsian yang diimpikan bertukar menjadi peluang buat khalayak pembaca aku.

Ramai yang agak sangsi (suspicious) bila aku bercerita tentang rumah-rumah di bawah nilai pasaran (below market value) yang mampu diperolehi pada era harga rumah yang melambung tinggi sekarang, malah ada juga yang ‘mencebik’ menerusi e-mail yang dikirimkan pada aku yang totally menyangkal dakwaan masih ada lagi rumah below market value di pasaran. Akhirnya hasil kerjasama bersama rakan-rakan ejen aku, satu perjanjian telah termeterai iaitu.. mereka bersetuju untuk memberikan listing rumah below market yang ada dalam simpanan mereka dari masa ke semasa. Beb, it’s not a joke. Memang rumah below market masih lagi ada dalam pasaran kita ni, cumanya kita perlu tahu tentang cara dan kaedah untuk ‘mengenalinya’.

Buat permulaan, sebuah rumah teres dua tingkat (corner lot) di kawasan TTDI Jaya, Shah Alam telah diberikan oleh ejen tersebut. Berkeluasan 1400 kaki persegi (luas binaan) dan mempunyai baki 20 kaki tanah di tepinya menunggu peluang untuk dibeli. Berstatuskan ‘bumi freehold’ bakal dijual pada harga RM450K sedangkan harga pasarannya boleh menjangkau ke angka RM470K. Kata rakan ejenku tadi, rumah ini telah berada di pasaran selama beberapa bulan dan asbab penjualannya adalah disebabkan tuan punya kediaman ingin berpindah ke tempat lain. Di sini seperti yang sering aku perkatakan dalam mini seminar aku sebelum ini, ciri-ciri ‘terdesak’ yang mampu dihidu tak lain tak bukan adalah 2 faktor yang aku highlightkan dengan warna biru. Jadi terpulanglah kepada korang untuk ‘mencuba’ nasib korang bagi menambahkan lagi diskaun pada harganya. Jadi buat korang yang berminat, e-mail sahaja hasrat korang itu ke e-mail abangensem98@gmail.com. Insyaallah, akan aku berikan nombor cellphone rakan ejenku tadi untuk misi korang yang seterusnya.

AE : At least kalau ada yang membelinya nanti, dapat juga la aku buat entri case study kat blog aku ni nanti.

This entry was posted in info and tagged . Bookmark the permalink.

16 Responses to Peluang Terhidang – Rumah Below Market

  1. KiD says:

    supersonic commentator from shakiddo.com
    KiD recently posted..Buffet Ramadhan di Hotel Pearl International

  2. KiD says:

    abang meor, umah area cyberjaya / dengkil ada tak? heheee
    KiD recently posted..Buffet Ramadhan di Hotel Pearl International

  3. Anuar says:

    AE..

    Walaupun harga rumah tu menarik.. Tapi nak beli rumah dekat setengah juta ni, rasanya masih belum mampu lagi..

    Tapi baguslah kalau AE boleh senaraikan semua rumah bawah below market ni..
    Anuar recently posted..Sebahagian Besar Rakyat Malaysia di bebani Hutang Rumah dan Kereta

  4. Nadot says:

    Ala…x mampu lg jugak dgn gaji ciput ni…
    sebelah rumah AE xde ke? hohoo
    Nadot recently posted..Wordless Wednesday #5

  5. wakif says:

    segmen yg bagus… keep on posting!!
    wakif recently posted..suku juta | wakif’s blog

  6. Aslam says:

    Apa pasal lu tak bgtau gua awal-awal bro.
    Aslam recently posted..Wordless wednesday-Ebook

  7. ReM says:

    Ni peluang baik untuk dapatkan hartanah harga mungkin naik lebih banyak lagi ni..

    Below market 4.2%, kalau sampai 20% boleh bincang beb
    ReM recently posted..ASB limit increases to RM50,000

  8. eyriqazz says:

    Jawapan saya sama cam nadot..huk3…kalau combine gaji ngan nadot pun blom tentu lepasni….

    bawah 200k takde bro?
    eyriqazz recently posted..Diapers Bagus, Anak Selesa

  9. matjoe says:

    kena pandai kawtim rm400k. kalau non-bumi harus terjual dgn cepat…
    matjoe recently posted..Nasi Kandar Zainul Memang Lazat

  10. Syahman says:

    Huhuhu..best2! ini yang dinamakan makin lama, makin ‘berisi’ dan lebih banyak boleh bantu orang lain yang memerlukan. tak gitu?

  11. aslam says:

    projek IJM LAND kt puncak alam area UiTM. Update: last year rumah landed corner lot rm350k. Tahun ni fas a lain keluasan yg kecik sikit 2kaki dari fasa sebelumnya dijual pada harga rm434k. hmmm..
    aslam recently posted..Putrajaya night marathon 2012

  12. hafiz says:

    saya mampu cari yang setakat 350K je..haishhh
    hafiz recently posted..Ramadhan dipermainkan

  13. ohcikgu says:

    fuhh..harga rumah sekarang memang mahal belaka..
    ohcikgu recently posted..(Video) The Making – SINAR INI oleh Maya Karin dan Yasin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge