Peluang Untuk Belasah AE

Aku tahu ramai yang tak puas hati dengan aku. Ada yang kata AE dah sombong gara-gara tidak me‘reply‘ e-mail mereka, tak kurang juga yang kata AE dah lupa daratan dek kerna sudah semakin fofular di kalangan blogger. Malah bagi ‘ABANG INI’, rasa jeleknya semakin menjadi-jadi gara-gara AE selalu berdua-duaan dengan ‘AWEK INI’ di event-event untuk para blogger.

Nah.. bagi melampiaskan ketidakpuasan hati korang, aku dah buka satu page baru dengan tajuk “FEEDBACK” yang mana korang yang ada blog, bebas untuk membelasah/menghentam/mengutuk aku sekiranya ada rasa tidak puas hati di hati korang. Tak kiralah samaada korang nak hentam gaya penulisan aku ke, mini seminar aku ke atau pun berasa iri hati dengan kekacakan aku ke, semuanya boleh tapi pastikan semuanya dilakarkan di dalam blog korang. Kemudiannya korang bolehlah tinggalkan link blog korang tu ke e-mail abangensem98@gmail.com agar ianya dapat aku publishkan di page tersebut. Setidak-tidaknya akan ada trafik yang akan masuk ke blog korang melalui link tersebut nanti. See.. Walaupun korang belasah aku, aku akan tetap channelkan trafik blog aku ke blog korang. Mulia betul abangensem ni kan? Heh heh heh.

Bagi yang perasan, buat masa ini semua link yang ada di page tersebut lebih bersifat memuji konsep mini seminar hartanah aku tetapi aku sebenarnya masih bersikap terbuka sekiranya ada yang ingin melahirkan sisi sebaliknya untuk aku jadikan panduan untuk memperbaikinya di masa akan datang.

Sementara itu untuk siri ke 9 mini seminar aku pada 26hb ini, masih terdapat beberapa kekosongan lagi bagi korang yang ingin menyertainya. Ini kerana hanya 12 orang sahaja yang telah mengesahkan kehadiran mereka manakala selebihnya terpaksa membatalkan hasrat untuk menyertainya kerana masing-masing mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan dan buat 12 orang yang bakal hadir, korang bolehlah terjah LINK INI untuk menentukan lokasi mini seminar aku yang bakal berlangsung. Kesemua 12 orang yang aku maksudkan adalah :

  1. Sreenivas Naidu
  2. R. Umesh Kannah
  3. Muhammad Idzham
  4. Mohd Zulhilmie
  5. Mohamed Faisal
  6. Muhammad Hafizan
  7. Raja Arief Deli
  8. Razin Azril
  9. Nursyams
  10. Khairul Amri
  11. Mohd Fadzwan
  12. Mohd Fathli

AE : Teruja aku untuk berjumpa 2 orang bukan melayu pertama (Mr Sreenivas & Mr Umesh) yang akan hadir minggu depan.

20 Comments

  1. KiD May 17, 2012
  2. KiD May 17, 2012
  3. nabel May 17, 2012
  4. adam dzirhan May 17, 2012
  5. Zarul Umbrella May 17, 2012
  6. azman May 17, 2012
  7. Aslam May 17, 2012
  8. hazman aka species1980 May 17, 2012
  9. halif May 17, 2012
  10. Nurul May 17, 2012
  11. AK May 17, 2012
  12. Azydy May 17, 2012
  13. ProfHariz May 18, 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge