Pemandangan yang semakin jarang kita lihat

 

Cuba teka yang mana satu abangensem?

Seronok betul bila aku tengok ramai yang datang kenduri kahwin adik aku dan part yang paling aku seronok tengok ialah bila mana saudara mara aku berkumpul sambil bercerita perihal mereka saat ini. Masing-masing sibuk bergotong-royong mengarah itu dan ini dan suasana menjadi semakin meriah bila penanggah-penanggah yang dilantik mengambil tempat di samping si penyambut tetamu yang dilantik dari kalangan jiran tetangga. Walaupun keletihan begitu terasa tetapi segala-galanya hilang bila semangat kerjasama antara jiran tetangga dan sanak saudara mengambil tempat.

Namun suasana sebegini agak jarang aku lihat di kawasan Lembah Kelang. Kebanyakannya lebih berpaksikan kepada suasana dalam dewan mahu pun hotel yang mana si penanggahnya terdiri dari kalangan waiter/waitress cun yang dibekalkan oleh si caterer. Namun aku tidak dapat menyalahkan pihak yang mengelolakan majlis tu sebaliknya inilah harga bagi sebuah pembangunan pesat yang berlaku di kawasan bandar. Faktor ‘rumah sarang burung merpati’ yang sempit dan padat menyukarkan kenduri atas jalan dilangsungkan dan mungkin juga masalah kesesakan lalu lintas yang bakal terjadi jika kenduri atas jalan diteruskan turut menyumbang kepada terlupusnya majlis sebegini.

Itu cerita masyarakat yang tinggal di ‘rumah sarang burung merpati’ manakala masyarakat berada yang tinggal di banglo yang mempunyai tanah yang amat luas lebih gemar menjadikan hotel sebagai lokasi pilihan bagi menggambarkan suasana elit, prestij dan mewah dan ini turut melupuskan tradisi kenduri atas jalan ini. Walau apa pun alasannya, aku rasa aku bakal tergolong dalam mereka yang bakal mengadakan majlis kenduri kahwin anak aku di dalam dewan walaupun rumah aku di atas tanah. Korang pulak macamana?

AE : Buat pembeli ebook aku last week, ada tak di antara korang yang tak dapat lagi?

 

4 Comments

  1. aslam May 2, 2011
  2. salehsobri May 3, 2011
  3. zaicatzz May 3, 2011
  4. nazri May 30, 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge