Penangan Saham

Penangan Saham

Menggigil aku tengok beberapa orang bekas peserta Kelas Asas Main Saham aku tatkala kaunter-kaunter yang mereka beli mula menunjukkan peningkatan. Ada yang berasa ‘cukup’ dengan keuntungan yang bakal mereka perolehi dan tak kurang juga yang tamak, seakan tidak cukup dengan amaun keuntungan yang mereka perolehi. Aku yang sudah menjangkakan fenomena sebegini akan berlaku hanya mampu tersenyum sumbing.. hehehe.

Baru korang tahu sekarang akan betapa sukar sebenarnya mengawal emosi. Sebab itulah aku selalu mengingatkan, “Jangan tamak dan jangan takut bila nak main saham”. Cukup je ‘target’ ROI yang korang ingini, then cabut je la tanpa tunggu lagi. Biar sahajalah kaunter tersebut untuk terus naik kerana tiada siapa yang boleh menjangkakan berapa tinggi sebenarnya kaunter itu boleh pergi.

“Berapa banyak target ROI yang munasabah Bro?”

As for me, 10% to 20% ROI sudah cukup untuk aku melainkan jika kaunter yang aku main itu adalah untuk jangka panjang seperti UMW, UMW O&G dan Digi. Jadi buat rakan-rakan pelabur yang lain, nasihat aku.. control emosi anda dan jangan ikut orang. Bagi yang tak tahu bagaimana untuk start main saham, mungkin DVD –> INI boleh membantu.

P/S : Tak sabar aku nak menunggu dipayungkan oleh mamat di bawah yang khabarnya telah mendapat 25% profit dari satu kaunter yang aku bagi.

Untung gila

3 Comments

  1. nabila biela February 13, 2014
  2. Juan February 13, 2014
  3. Cik Nad February 16, 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge