penatnya nak panjat tangga..

“Rumah kamu tingkat berapa, Edi?’ soal mamaku semasa dia melawat umah bujang aku dulu. “Tingkat 4, ma” jawabku. Mama terus bertanya ” Kenapa la kamu tak cari yg kat bawah je? Takde la penat sgt nak panjat tangga”. “Kalo kat bawah sewanya lagi mahal. Yg sekarang ni pun sewanya RM500, kalo kt tkt bwh lagi la.. mau dlm RM600-700 sewanya.” Itu antara perbualan yg aku masih ingat semasa mamaku menjenguk teratak bujang aku zaman student dulu.

Hingga skrg, bile je aku nk beli umah flat @ apartment yg ada tangga, aku akan pastikan tingkatnya. Kalo dpt yg kt bawah @ tkt 1,2, maknanya boleh la aku sewakan dgn kadar yg tinggi.. tapi kalo tkt 3 ke atas, aku akan pastikan harganya must be less than RM65K sbb lepas ditolak duit bank yg amaunnya dlm RM350.. ada la excess dlm RM100-150. Kesimpulannya, ‘tkt’ @ level pun menjadi salah satu faktor utk menentukan kadar sewa sesebuah rumah.


Kadangkala, bila dah dpt umh kat tkt atas sekali (selalunya aku panggil ‘penthouse’ walaupun utk umah low cost) , agak susah gak nak menarik penyewa sbbnya diorg akan kata “tinggi sgtla”, “gayat la” tak pun favourite phrase diorg “penatla nak panjat tangga”. So, biasanya waktu diorg nak g ‘view’ umah tu.. aku akan pastikan yg aku akan menyembang dgn diorg semasa tgh panjat tangga supaya diorg tak perasan yg umah tu kat atas sekali. Sesampai je kat atas, suruh le diorg tgk view keliling dulu utk diorg hilangkan penat sblm tgk view yg kt dlm umah. Alhamdulillah, setakat ni, cara aku ni agak berkesan le cuma korang kena la carik topik yg menarik utk diceritakan semasa memanjat tangga tu.

Tips :
1. “Tingkat @ level rendah = sewa mahal, tingkat @ level tinggi = sewa murah” (applicable for apartment @ flat yg bertangga)
2. “Bercerita topik yang menarik semasa menaiki tangga untuk mengelakkan bakal penyewa merasa penat semasa sesi ‘house viewing’.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge