Pening..

“Bro, kat mana ko rasa aku patut sewa rumah memandangkan tahun depan aku nak kahwin. Aku kerja kat Kelana Jaya, bakal orang rumah aku keje Cheras. Kat dua-dua tempat ni mahal giler sewanya” – bakal pengantin.

Aku rasa mesti korang biasa berhadapan dengan situasi begini kan? Lebih-lebih lagi yang mencari nafkah di Lembah Kelang. Sebenarnya aku sendiri pun pada awal perkahwinan, berdepan dengan masalah sebegini sehingga sampai ke tahap nak survey rumah kat Bukit Beruntung semata-mata nak mendapatkan rumah yang paling murah either untuk disewa mahu pun dibeli tetapi setelah beberapa faktor aku teliti, akhirnya flat low cost 2 bilik menjadi pilihan. Tanpa sofa, katil, dapur dan ditemani dengan TV Sony 14″ menjadi penghias flat tersebut kira-kira 12 tahun yang lalu. Apakah faktor-faktor yang menjadi penentu kepada keputusan aku ketika itu di dalam memilih rumah sewa?

Kadar Sewa dan Kemampuan Kewangan :

Setelah dibajet-bajet gaji aku dengan mem aku ketika itu, tahap kemampuan kami hanyalah pada kadar sewa di jajaran RM500 dan setelah jenuh setiap seksyen kami lawati, maka flat kos rendah 2 bilik di seksyen 20 menjadi pilihan walaupun jika korang lihat, keadaannya amat tidak sesuai dengan profesion eksekutif yang kami miliki ketika itu tetapi pedulikan kata orang, yang penting ianya masih di dalam kemampuan kami.

Kos Pengangkutan :

Memandangkan kami pada ketika itu bekerja di area Shah Alam, maka tidak moleklah jika kami memilih Bukit Beruntung sebagai lokasi kediaman kami walaupun sewanya boleh mencecah serendah RM50 sebulan. Ya, bunyinya begitu menguntungkan tetapi jika dicampur dengan kos tol dan petrol (walaupun ketika itu kami hanya berkereta Kancil), amaun yang bakal dikeluarkan juga hampir menyamai kadar sewa rumah flat di area Shah Alam ditambah pula dengan ‘wear and tear cost’ yang bakal berlaku pada Kancil kami nanti, maka lokasi paling hampir dengan tempat kerja menjadi pilihan kami ketika itu.

Masa & Tenaga :

Faktor ini antara faktor penentu kepada keputusan yang dibuat kerana bagi pasangan yang baru berkahwin seperti kami, masa untuk ‘bersama’ jauh lebih berharga dari masa yang diperuntukkan di atas jalan. Walaupun ada yang berpendapat, dalam kereta pun masih boleh meluangkan masa bersama tetapi bagi aku, apa barang kalau masa bersama yang dinikmati itu disulami dengan rasa stress gara-gara terperangkap di dalam kesesakan lalulintas. Silap haribulan bila sampai je ke rumah, tenaga yang disimpan untuk bersama akan lenyap begitu saja. Camne nak dapat baby, ye tak? Hehehe..

Jadi harapanku buat korang yang bakal melayari alam rumahtangga seperti rakanku di atas, mampu untuk menterjemahkan peri pentingnya ketiga-tiga faktor tersebut di dalam memilih rumah untuk disewa/dibeli. Perlu diingat, kalau pun korang duduk menyewa di flat sekali pun (macam aku dulu), tidak selama-lamanya korang akan terus bermastautin di situ sebaliknya ianya mungkin menjadi pemangkin untuk korang simpan duit bagi menikmati rumah yang lebih baik (macam aku). Betul tak?

I Love My Sony

AE : Sebab tu la aku cukup sayang dengan TV Sony 14″ aku tu sebab ianya mengingatkan aku betapa susahnya untuk aku dan mem aku memulakan kehidupan berumahtangga dulu.. huhuhu.

10 Comments

  1. zuan November 25, 2011
  2. aslam November 25, 2011
  3. 2bz4money November 25, 2011
  4. ctfarazila November 25, 2011
  5. jeff hanan November 25, 2011
  6. ss November 25, 2011
  7. hafez November 25, 2011
  8. rohaniah noor November 25, 2011
  9. LatiffiAziz November 26, 2011
  10. kak ina kl January 28, 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge