Penyata Akaun CDS

Pendapatan ada 4 jenis. Bagi anda yang tidak mengetahuinya, mungkin link –> INI mampu memberi pencerahan.

Ya, salah satu dari jenis pendapatan yang aku tulis dalam link tersebut ialah pendapatan portfolio dan pendapatan dari jenis ini mampu memaklumkan kepada pihak bank akan jumlah simpanan/pelaburan yang anda miliki. Antara yang biasa didengari adalah pendapatan dari pelaburan saham, tidak kiralah sama ada dari keuntungan pelaburan mahu pun dividen tahunan yang anda terima.

Justeru ramai yang tertanya-tanya apakah bentuk dokumen yang perlu dikepilkan ketika permohonan bagi membuktikan pendapatan portfolio dari pelaburan saham yang dimiliki?

Berdasarkan pengalaman aku ketika menjadi ‘tukang proses’ loan tidak lama dulu, antara dokumen yang diterima pakai sebagai pembuktian, tak lain tak bukan ialah Penyata Akaun CDS dan bagi anda yang tidak pernah melihat rupa bentuk penyata ini bolehlah melihat contoh yang disertakan di bawah :

Penyata Akaun CDS

Apa yang dapat anda lihat dari Penyata ini adalah :

  • Nama dan alamat tuan punya penyata.
  • Syarikat sekuriti beserta nombor akaunnya.
  • Butiran saham yang dimiliki beserta jumlah lotnya.

Apa yang aku lakukan dulu sebagai ‘tukang proses’ loan ialah melihat kepada jumlah lot yang dimiliki dan didarabkan dengan harga semasa saham tersebut. Di sinilah aku akan dapat melihat jumlah pelaburan portfolio yang dimiliki oleh si pemohon dan cuba anda bayangkan sekiranya si pemohon mempunyai 50 lot (5000 unit) saham berwajaran berat seperti Nestle yang berharga RM67.40 sesaham, tidakkah ianya menunjukkan si pemohon mempunyai jumlah tunai yang banyak? –> RM67.40 x 5000 unit.

Fikir-fikirkanlah.. hehehe.

CDS = Central Depository System

7 Comments

  1. Corleone Chong June 30, 2014
    • amy July 6, 2014
  2. KiD June 30, 2014
  3. roslan June 30, 2014
  4. Sue June 30, 2014
  5. Malaysia Tercinta June 30, 2014
  6. brohantu June 30, 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge