Perancangan Dana Pendidikan Anak-Anakku

Umum mengetahui yang aku mempunyai banyak rumah. Malah, LHDN juga turut memakluminya usai lawatan audit tahun lalu, dan sepertimana status aku beberapa tahun lepas hartanah ini aku niatkan sebagai dana untuk membiayai pendidikan anak-anak aku.

Alhamdulillah, usai berakhirnya peperiksaan PMR kedua-dua anakku tahun lalu, apa yang aku rancangkan seawal perkahwinan aku 18 tahun lalu telah mula aku praktikkan. Satu unit rumah yang telah habis bayar aku ‘refinance’kan untuk menyediakan dana pendidikan buat keduanya.

“Kenapa terlalu awal Bro? Bukan ke sepatutnya selepas keluar keputusan SPM, baru Bro refinancekan untuk pendidikan mereka?”, antara soalan dari rakan rapatku.

Aku senyum, seraya menulis poin-poin berikut di kertas kajang untuk tatapan mereka.

  1. Aku refinancekan unit di Shah Alam dengan jumlah RM100K yang aku ‘cash out‘kan. Walaupun aku boleh mendapat amaun yang lebih besar dari itu (dalam RM200K) tetapi sengaja aku minimakan kerana : (i) aku tidak akan terjerut dengan hutang yang tinggi (ii) instalmen akan kekal rendah dan mampu ditanggung oleh kadar sewa semasa (iii) faktor usia yang tidak membolehkan aku menikmati tempoh pinjaman yang maksima. Lagi singkat tempohnya, lagi besar jumlah instalmennya.
  2. Usai amaun RM100K aku perolehi, aku agihkan kepada 3 bentuk dana agar amaun tersebut dapat digandakan dalam tempoh 2 tahun setengah yang aku miliki sebelum anak-anakku memasuki IPT/Kolej. Maklum sahajalah mereka kini di tingkatan 4.
  3. Pengagihan dana yang aku peruntukkan pula adalah seperti berikut :
  • Dana Agressive, di mana sejumlah 40% dari jumlah diperolehi dilaburkan di kaunter-kaunter saham Bursa Malaysia berwajaran berat tetapi telah terkurang nilai. Khidmat pakar saham diperlukan di sini. Alhamdulillah, ada teman pakar yang membantu. (Terkini : sejumlah 20% telah ‘selamat‘ disimpan ke dalam beberapa kaunter).
  • Dana Moderate, another 30% juga dilaburkan ke unit-unit saham amanah yang mempunyai potensi memberikan keuntungan ‘double-digit’ dalam tempoh 2 tahun ini. Buat masa ini, kebanyakan dana yang dipilih adalah dana yang dilaburkan pada pasaran Asia-Pasifik. Juga khidmat teman pakar banyak membantu. (Terkini : Kurang dari 15% telah dilaburkan ke dalam 2 dana tempatan).
  • Dana Tunai, baki 30% pula disimpan dalam bentuk tunai yang kemudiannya dicagarkan bagi mendapatkan fasiliti OD sebagai ‘bullet’ sekiranya terdapat peluang-peluang pelaburan yang menguntungkan.

Matlamat aku hanyalah, mampu mendapat sekurang-kurangnya 20% return (RM20K) sebagai tambahan amaun RM100K yang sedia ada.

“Tapi Bro, RM20K tu macam sikit sangat. Gua yakin lu boleh generate lebih lagi. Kalau dapat lebih, cane pulak?” dan dengan pantas aku menjawab, “Jika lebih, bolehlah gua beli kereta yang lebih bergaya”.

P/S : Kalau korang tengok gua pakai ‘Macan’ 2 tahun lagi, pepaham je la ye

2 Comments

  1. Ikhwan July 1, 2017
  2. Wan Syahida July 14, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge