Perkara yang paling bermanafaat untuk korang selain dari baca blog aku..

Rileks beb, bukan maksud aku nak halau korang dari terus follow blog aku sebaliknya aku rasa terpanggil untuk remind korang tentang satu perkara yang sering kita (terutamanya aku) lupakan dan ianya jauh lebih penting dari blogwalking dari satu blog ke satu blog macam yang selalu aku buat. Kesedaran tentang peri pentingnya ‘perkara’ ini timbul saat aku berbicara dengan jiran depan rumah mak bapak aku semasa kenduri kahwin adik aku baru-baru ini. Jiran yang aku panggil dengan nama Cik Ani merupakan seorang anak yang baru kehilangan ibunya tahun lepas dan saat beliau menceritakan kembali apa yang disampaikan oleh ustazah yang memandi dan mengkafankan jenazah ibunya, sudah cukup untuk membuat aku terfikir tentang tujuan aku hidup di dunia ini. Antara bait-bait perbualan yang disampaikan oleh ustazah tersebut kepada beliau adalah :

Ani, aku nak tanya sikit dengan awak ni. Selama aku menguruskan jenazah mereka yang telah pergi, aku tak pernah lagi berasa begitu mudah dan selesa sebagaimana aku menguruskan jenazah mak awak. Boleh aku tahu apa amalannya semasa dia hidup sehinggakan ‘dia’ boleh tersenyum saat Malaikat Izrail mencabut nyawanya?” – Ustazah

Setakat yang Ani tahu la, semenjak dari zaman mudanya satu-satu amalan yang sering ‘dia’ lakukan ialah membaca Al-Quran. Boleh dikatakan hampir setiap hari dan setiap masa ‘dia’ tak putus dengan bacaan Al-Quran. Lagi satu ‘dia’ ni semasa hayatnya sangat kerap bersedekah sehinggakan sampai habis nyawanya pun takde langsung duit atau harta yang disimpannya untuk kami adik beradik” – Cik Ani

Masyaallah, bila aku mengenangkan apa yang dibualkan pada masa itu sudah cukup untuk menzahirkan rasa kerdilnya aku, tambahan lagi tatkala mengenangkan betapa kali terakhir aku membaca Quran ada la dalam sebulan yang lalu. Walaupun solat 5 waktu tak pernah aku tinggalkan tapi aku rasa still tak cukup lagi amalan aku untuk menampung segala dosa yang aku pernah dan selalu buat. Kalau dah benda-benda ‘lagha’ tu bertempek-tempek aku lakukan setiap hari, macamana la gayanya aku nak masuk syurga nanti? So buat korang yang tengah baca ni, ingat-ingatlah jugak yang usia kita ni tak berapa lama sangat. Hidup nak menongkat langit mengumpul harta pun tak sampai ke mana jugak akhirnya, cuma janganlah sampai kita lupa untuk menginfaqkan sekurang-kurangnya barang sedikit untuk mereka yang kurang berupaya. Satu lagi, Quran tu jangan ditinggalkan terus, at least itulah satu-satunya cahaya untuk kita esok saat berada di dalam kubur nanti.

AE : Mulai sekarang jom kita baca sekurang-kurangnya 1 ayat sehari.

7 Comments

  1. asey May 5, 2011
  2. man kuala May 5, 2011
  3. hart_nur May 5, 2011
  4. shahril May 5, 2011
  5. miss lolly May 5, 2011
  6. wadie7990 May 6, 2011
  7. isnil August 13, 2011

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge