Perkongsian Ilmu Hartanah di Pesta Hartanah BDB Land, Jitra

Syukur.

Nampaknya trend perkongsian ilmu hartanah telah mula merebak ke luar bandar dan lokasi yang menjadi tumpuan pertengahan minggu ini, tak lain tak bukan Jitra, Kedah. Sepertimana yang berlaku di Lembah Kelang, beberapa nama besar dalam industri hartanah negara telah mula dibawa oleh pemaju-pemaju besar tanahair dan untuk perkongsian di Jitra, pemaju yang terbabit adalah BDB Land Sdn Bhd yang berpengkalan di Negeri Jelapang Padi tersebut.

Ternyata warga utara pastinya beruntung kerana ikon-ikon hartanah yang dibawa adalah mereka yang sinonim dengan 1001 strategi pelaburan hartanah semasa dan ikon-ikon tersebut adalah mereka yang terpapar di banner di bawah :

Pesta Hartanah BDB Land

Ya, siapa yang tidak kenal pengkaji peta Ahyat Ishak, juga penganalisa lokasi Faizul Ridzuan, tidak terkecuali srikandi hartanah Rohaniah Noor di samping beberapa nama seperti David Koh, Vince Chia dan Abang Aziz Ahmad yang tidak kurang hebatnya dalam peta hartanah negara. Sepertimana tajuk perkongsian mereka, aku yakin anda yang bakal hadir pada 31 Ogos ini pastinya akan menjadi antara individu yang paling beruntung di kala ramai yang sedang beristirehat di depan kaca tv.

Tidak terkecuali, beberapa Pakej Bonanza Merdeka telah turut disediakan oleh pemaju terbabit antaranya, pakej ‘no-money-down’ untuk pembelian hartanah mereka selain intensif sehingga RM50,000 yang disediakan buat para pembeli (tertakluk kepada terma & syarat yang dipersetujui). Tidak cukup dengan itu, pakej pembiayaan yang disediakan oleh panel bank mereka mampu memberikan margin setinggi 105% (juga tertakluk kepada kelayakan & syarat pembiayaan) dan mungkin juga anda bakal bernasib baik memenangi cabutan bertuah istimewa bersempena pesta hartanah 2 hari tersebut.

Jadi, apa tunggu lagi?

Terjahlah Darulaman Park pada 30 dan 31 Ogos ini untuk semua keseronokan yang aku sebutkan di atas.

7 Comments

  1. Noriza Rahman August 29, 2016
  2. Sue August 29, 2016
  3. umiadam August 29, 2016
  4. Amir Mazlan August 30, 2016
  5. Kereta Sewa September 3, 2016
  6. Kereta Sewa Subang October 5, 2016
  7. baju kanak-kanak online October 16, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge