Pertembungan 2 generasi

 

Bila duduk atas pelamin ni rasa macam nak... (cuba sambungkan ayat ini)

Masa korang baca entri ni aku tengah sibuk mengelolakan majlis perkahwinan adik bongsu aku dan dalam aku dok sibuk-sibuk menyembang dengan golongan veteran kat sini, nampak ketara pertembungan pendapat antara golongan muda dan mereka dalam beberapa perkara antaranya yang berkaitan dengan pelaburan hartanah seperti :

“Edi (panggilan manja aku kat kampung), ko cuba la nasihatkan si Ali ni (bukan nama sebenar). Baru keje 6 bulan dah sibuk nak beli rumah katanya. Dia ni pun baru nak merasa pegang duit, dah sibuk nak berbelanja beso. Cuba la simpan-simpan dulu duit tu. Bila dah kawen baru le beli rumah sama-sama ngan bini” ayat yang keluar dari mulut makcik aku. “Eh.. elok la kalo dia nak beli rumah. At least ada la income dia nanti. Lagipun rumah kat area KL tu makin lama makin mahai. Kalau dok tunggu, takut pulak tak berduit  dia nanti nak membelinya” balas aku. “Tapi Edi, mana nak dicarinya duit nak membayonya tetiap bulan. Gaji dia pun bukannya banyak macam ko. Dah la kete dia nak bayo, duit yang dipinjam masa study lagi tu pun belum habis dibayonya, itu belum lagi duit untuk kenduri kawen dia nanti” omel makcik aku ni tadi. “Ala cik, sebab dia tak berduit la dia nak beli rumah sekarang, at least kalau rumah tu ada 3 bilik, boleh la dia sewakan lagi 2 bilik. Silap-silap haribulan duit sewa 2 bilik tu dah boleh cover instalment rumah tiap-tiap bulan dan kalau dia dah kemaruk sangat nak kawen, dia boleh refinance je rumah tu dan amik duitnya nanti buat belanja kawen. Tak payah la dia sibuk nak buat loan Bank Rakyat nanti” ‘ceramah’ aku dengan gaya ensem.

Makcik aku hanya mampu berkata “hmmmm…”

Apa yang makcik aku kata tu dah pernah aku dengar 8 tahun dulu bila mana mak aku dok bising bila aku beli rumah ke 3 dan aku rasa bukan saja mak dengan makcik aku je yang berfikiran begitu sebaliknya hampir sebahagian besar dari orang tua kita berkongsi pemikiran yang sama. Betul tak?

AE : Ada blogger puji aku la. Kalau tak caya, cuba klik sini.

5 Comments

  1. naimulfirdaus May 1, 2011
  2. KM May 1, 2011
  3. aslam May 1, 2011
  4. Shahril May 1, 2011
  5. AinieA August 20, 2011

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge