Peserta Termuda di Seminar Hartanah Johor

Terkejut.

Itulah perasaan aku tatkala mengetahui yang peserta di bawah ini baru sahaja menginjak usia 18 tahun. Kata beliau, “Saya dah lama mengikuti Abang Ensem dan amat berminat dengan topik pelaburan hartanah ini dan sebab itu saya usahakan juga untuk datang, walaupun berseorangan”.

Baru 18 tahun usia adik manis kita ini

Ya Allah. Sungguh aku tak menyangka di usia yang terlalu muda beliau telah mula celik perihal dunia pelaburan.

Bukan setakat itu sahaja, Seminar Hartanah Johor ini juga telah mempertemukan aku dengan bekas rakan sekelasku ketika menuntut di ITM 18 tahun lalu. Abang Nuar, yang aku anggap seperti abang aku ketika kami segrup menyiapkan projek akhir rupa-rupanya telah pun bersara dari salah satu konglomerat telekomunikasi negara. Seakan baru semalam kami bersama-sama menaiki Volkswagen kuning mencari bahan untuk kertas kerja projek akhir kami. Cepat sungguh masa berlalu.

Abang Nuar, rakan sekelas dan segrup assignment aku 18 tahun yang lalu

Abang Nuar, rakan sekelas dan segrup assignment aku 18 tahun yang lalu

Syukur. Perjalanan Seminar Hartanah Johor ini berjalan lancar. Walaupun agak sedih kerna aku terpaksa menolak lebih dari 10 orang pendaftar (gara-gara tidak cukup ruang), aku tetap berterima kasih kepada 34 orang peserta yang telah memenuhkan ruang bilik seminar. Pelbagai soalan diajukan dan deretan jawapan dan idea juga aku lontarkan dengan harapan ianya mampu memudahkan segala permasalahan yang mereka hadapi.

Sebahagian dari 34 peserta yang hadir

Sebahagian dari peserta yang hadir tempohari

Perak, Sarawak dan Johor telah aku singgahi dan destinasi terakhir untuk suku pertama tahun ini pastinya Kuala Terengganu dan sepertimana yang tertera di banner bawah ini, ianya bakal diadakan pada 23 Mei 2015 berlokasikan Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu. Buat warga Pantai Timur yang berminat, bolehlah mendaftar nama anda di link –> INI. Terhad kepada 20 peserta sahaja.

3 Comments

  1. suhiminain April 19, 2015
  2. Uncle Zuan April 19, 2015
  3. aizuddin April 20, 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge