PKNS Disisimu : RM25K Ditawarkan Sebagai Habuan

Semenjak dua menjak keluar tv ni, hasrat untuk enterframe ke dalam lensa kamera semakin membuak-buak rasanya. Walaupun majoriti ‘mencaci’ aku dengan ayat-ayat seperti :

“Apasal lu nampak ‘sihat’ lain macam je masa kat Awani hari tu?” – Man Kuala

“Awak sebijik macam koala bear masa akak gi zoo kat Australia hari tu” – Kak Jijah (ex-officemate aku)

Aku tak salahkan diorang sebenarnya, sebaliknya aku nak salahkan pencipta tv yang inci dia besar-besar sebagai asbab aku nampak berisi masa kat dalam Bisnes Alternatif tempohari. Kalaulah diorang tak transform tv 14 inci menjadi bepuluh-puluh inci, kompom korang dapat menikmati versi sebenar tubuh abangensem yang slim dan berketak.. hehehe.

Memandangkan yang takde la susah mana sebenarnya untuk beraksi depan kamera, maka aku ingin mengambil peluang untuk korang bersama-sama aku untuk menyertai CONTEST anjuran PKNS yang diberi nama ‘PKNS Disisimu’ dan hadiah yang ditawarkan amatlah lumayan. Sejumlah RM25K disediakan untuk para pemenang dan bagi aku ianya cukup untuk dijadikan modal untuk korang membeli rumah pertama/kedua/ketiga (dan seterusnya) nanti.

Apa yang aku perhatikan, syarat peraduannya takde la susah sangat. Hanya video berdurasi 2 minit sahaja yang diperlukan dan kalau aku boleh mengencing selama 12 minit dalam Astro Awani minggu lalu, tak mustahil korang pun boleh lakukan benda yang sama untuk hanya 2 minit siarannya. Mudah bukan? Tapi.. kalau korang tak nak join pun, aku tak kisah sangat jugak sebab bolehlah aku menang tanpa sebarang saingan nanti dan mana la tahu kot-kot RM25K tu boleh aku jadikan *tut* untuk kebahagiaan masa depan aku nanti.. hehehe.

AE : Dan kalau korang memerlukan model untuk klip video korang nanti, feel free to e-mail aku @ abangensem98@gmail.com kerana peluang korang untuk menang pasti akan cerah dek kerna wajah babyface aku ni nanti.

11 Comments

  1. KiD November 13, 2012
  2. Geng Droid November 13, 2012
  3. faizalPj November 13, 2012
  4. prince of nerd November 13, 2012
  5. sha November 13, 2012
  6. puanbee November 13, 2012
  7. boni kacak November 13, 2012
  8. tuanbri November 13, 2012
    • abangensem November 13, 2012
  9. Hafizul November 14, 2012
  10. rakis santa December 3, 2012

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge