Projek Amal Sriwani

Lanjutan dari post aku semalam, aku menerima ‘sangat’ banyak permintaan dari rakan pembaca blog mahu pun FB agar mereka turut disenaraikan ke dalam 20 orang pelabur ‘rugi’ aku. Setelah perbincangan dilakukan dengan beberapa pihak, aku dengan besar hati menerima permintaan anda namun, tidaklah aku ingin mewajibkan anda untuk memasukkan amaun secara konsisten sepertimana 20 orang rakan pelabur ‘rugi’ aku sebelumnya.

Sebahagian 'Private Message' (PM) yang aku terima dari mereka yang pemurah. Alhamdulillah.

Sebahagian ‘Private Message’ (PM) yang aku terima dari mereka yang pemurah. Alhamdulillah.

Untuk pemindahan wang tersebut, ingin aku war-warkan nombor akaun berikut sebagai akaun khas yang akan aku gunakan untuk tujuan berikut dan ianya di atas nama syarikat aku sendiri, AE Consultancy Services.

No Akaun Public Bank – 3810296211

Bagi memudahkan pengurusan, aku ingin menetapkan cut-off date bagi penyaluran dana kepada rakan NGOku tadi iaitu pada minggu kedua setiap bulan dan anda (yang berminat) dikehendaki memasukkan jumlah yang anda ingini sebelum 5hb pada setiap bulan.

Buat 20 orang pelabur ‘rugi’ itu pula, aku meminta agar kalian PMkan aku no cellphone kalian agar dapat aku memasukkan ke dalam Grup Whatsapp “Projek Sriwani” aku dan inshaaAllah sebarang aktiviti penyaluran, akan aku war-warkan di Grup tersebut. Manakala buat yang lain-lain, akan aku kemaskinikan aktiviti-aktiviti tersebut di blog ini dari masa ke semasa termasuk jumlah amaun di akaun aku bagi mewujudkan ketelusan di pihak aku, inshaaAllah.

3 Comments

  1. Denaihati May 26, 2014
  2. Qaseh Vee May 27, 2014
  3. kereta Sewa shah alam May 27, 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge