Promosi Homestay Gaya AE

Pagi sabtu, seawal jam 10.30 aku dah mula bersesak-sesak di Darul Ehsan Medical Centre (DEMC). Motif? Tak lain tak bukan sebagai memenuhi tuntutan rutin check-up my preggy wife yang sudah memasuki 36 minggu usia kandungan.

Seperti biasa, kesemua wanita yang berada di sana masing-masing dengan tangan yang sering berada di atas perut. Namun kelibat seorang gadis yang sibuk ke hulu ke hilir menghulurkan sekeping kertas menarik perhatian aku dan bila ku amati helaian kertas yang berada di tangan mem aku, ianya satu risalah yang mempromosikan khidmat lepas bersalin yang beliau lakukan. Hmm, brilliant!! She knows where to find her target market.

Saat melihatkan kelibat gadis muda itu aku tersenyum sendiri kerana apa yang dilakukannya hampir menyamai perancangan awal yang telah aku susun sebaik sahaja Hospital Shah Alam siap dibina nanti. Ya, perancangan untuk memulakan bisnes homestay bersama Brader Mil yang buat masa ini tertangguh dek kerna tertangguhnya projek pembinaan hospital itu. Kenapa perlu hospital untuk memulakan projek homestay? Jawapannya korang boleh perolehi dalam ENTRI sebelum ini.

Strategi promosi kami sebenarnya hampir sama dengan modus operandi si gadis berkenaan iaitu dengan menyebarkan risalah/brosur di kalangan mereka yang berada di wad-wad hospital. Memandangkan letak duduknya hospital tersebut hanyalah sekangkang kera dari kampus induk UiTM, aku jangkakan akan ada dari kalangan penuntutnya yang akan memenuhi wad-wadnya nanti dan sudah pasti akan ada juga dari kalangan keluarga mereka yang akan datang menjenguk. Bagi keluarga mereka yang berada nun jauh di luar Lembah Kelang dan tidak mempunyai keluarga/kenalan di sekitar hospital, sudah pastilah hotel bajet/homestay di sekitar Shah Alam bakal dituju dan dengan risalah/brosur yang akan ditaburkan di wad-wad tersebut, sudah pasti kebarangkalian untuk homestay aku dipilih adalah amat tinggi. Apa pun ini hanyalah sekadar perancangan, sejauh mana ianya berkesan belum dapat aku pastikan.  Betul tak?

AE : Nampaknya aku perlu mula menajamkan skil mengayat awek-awek nurse yang bakal berkhidmat di hospital tu nanti supaya boleh la nanti aku minta diorang (nurses) taburkan risalah/brosur aku tu kat hospital. Bro, lu boleh tolong gua dapatkan awek nurse untuk buat kawan tak? Hehehe”

Comments

  1. says

    Menarik juga idea AE ni.. Terima kasih.. Mungkin boleh praktikkan untuk meningkatkan penyewa home stay saya..

    Saya juga merupakan seorang pengusaha Homestay secara sambilan di sekitar Pusing, Perak.. Home stay ni dah agak lama juga beroperasi, iaitu sekitar tahun 2010..

    Masa tu saya duduk Sarawak.. Jadi ayah mertua saya yang usahakan home stay tersebut.. Tapi hasil pulangan daripada home stay saya , biasa-biasa sahaja.. Sebabnya saya kurang melakukan promosi..

    Jadi bila melawat blog AE ni sedikit sebanyak memberi ilham untuk saya mempromosikan homestay saya secara Offline..

    Terima kasih AE..
    Anuar recently posted..3.3 juta peluang pekerjaan menjelang 2020

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge