QNA : Deposit Sewa Rumah

Soalan Brader Amri :

Salam,

Apa khabar abangensem,

Saya ada persoalan yang saya rasa agak tak ensem nak tanya abang. Kalo kita naikkan sewa rumah kita dan buat perjanjian baru, macam mana dengan bayaran deposit. Pastinya bayaran deposit akan bertambah. Soalan saya, adakah kita akan keluarkan resit baru hanya berdasarkan tambahan deposit atau keseluruhan jumlah deposit baru?

Contoh :

Sewa lama : RM 700
Sewa baru : RM 800.
Deposit api/air : RM 200

Adakah akan keluar resit RM 100 atau RM 1800 (Deposit 2 bulan + api/air)?

Maaf le abangensem, tak tau nak tanya camner soalan ni sebenarnya. Harap abang faham la soalan ni dan dapat menjawabnya. Rasanya tak hilang keenseman abang kalo jawab soklan yang “tak ensem” macam ni.

Salam.

Pandangan ae :

Seperti yang kita sedia maklum, sebarang kenaikan kadar sewa rumah akan membuatkan tenancy agreement sebelumnya terbatal dan apabila ianya terbatal, maka deposit sewa rumah yang sebelumnya hendaklah dipulangkan kembali kepada penyewa. Bagi kes kenaikan sewa rumah, apa yang sering aku lakukan ialah dengan membuat perjanjian (TA) baru terlebih dahulu dengan kadar deposit yang baru untuk dikutip daripada penyewa. Memandangkan deposit yang lama masih lagi dalam simpanan aku maka aku cuma meminta lebihan sahaja dari penyewa (dalam kes di atas RM100 X 2 bulan) TETAPI resit yang dikeluarkan kepada penyewa (bertarikh terkini) akan tetap beramaunkan RM1,800. Bagi meng’synchronise‘kan resit dan penyata bank aku, aku akan keluarkan dulu amaun deposit yang lama dari bank dan kemudiannya mencampurkannya kembali dengan tambahan RM200 sebelum amaun sebenarnya (RM1,800) dikreditkan kembali ke bank aku. Ini bagi membuktikan yang sememangnya aku menerima sejumlah RM1,800 yang tercatat di dalam TA aku tu. Jadi di sini korang akan dapat lihat persamaan di antara amaun yang tertulis di resit dengan amaun yang tercatat di bank korang. Korang faham tak apa yang aku citer ni?

AE : Sejak bila pula keenseman aku bergantung pada soalan yang aku jawab?? Hehehe.

6 Comments

  1. treec00l December 3, 2011
  2. zuan December 3, 2011
  3. sari December 3, 2011
  4. ohcikgu December 3, 2011
  5. ikhwan December 4, 2011
  6. asni February 14, 2013

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge