• Pendaftaran Seminar
  • Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Blog Abang Ensem

Info & Tips Hartanah...

  • Utama
  • Biodata
  • Ebook
  • Hubungi Saya
  • Show Search
Hide Search
You are here: Home / QNA / QNA : Loan Saya Kena Reject

QNA : Loan Saya Kena Reject

abangensem · 20 November 2010 · 4 Comments

Seorang pembaca telah mengadu tentang loan rumahnya yang kena reject disebabkan oleh rekod pembayaran keretanya yang tertunggak selama 3 bulan. Katanya tunggakan tersebut adalah disebabkan oleh kesilapan beliau membuat bayaran ke akaun orang lain dan ianya hanya disedari selepas beberapa bulan beliau mengulanginya. Akibatnya pinjaman perumahannya baru-baru ini telah ditolak gara-gara kealpaan beliau itu. Lalu beliau bertanyakan kepada aku “apakah yang perlu dilakukannya kini?” 

Memang jika kita lihat sebenarnya kesilapan ini adalah berpunca sepenuhnya dari beliau kerana beliau tidak menyemak kembali slip pembayaran yang telah beliau lakukan. Namun apakan daya ‘the rice has already become porridge‘ dan apa yang ingin aku cadangkan adalah seperti berikut :

  • Sertakan sebarang bukti hitam putih tentang kesilapan tersebut supaya pihak bank mengetahui yang memang terdapat pembayaran yang telah dibuat.
  • Juga sertakan sekali bukti hitam putih yang meminta pihak bank untuk membetulkan kembali kesilapan tersebut.
  • Dapatkan penyata terkini setelah akaun pinjamannya dikemaskini dan berikannya kepada pihak bank yang sedang memproses permohonan/rayuan pinjaman perumahannya itu.

Bagi korang yang turut sama mengalami masalah seperti di atas, cuba lakukan langkah-langkah di atas sebagai jalan terakhir korang bagi memastikan yang permohonan pinjaman korang diluluskan.

AE : Pastikan korang mempunyai bukti hitam putih bagi setiap transaksi korang dengan pihak bank.

 

 
Tweet

Related posts:

  1. Tips Nak Apply Loan
  2. QNA : Cash or Loan?
  3. Matlamat kena jelas, niat kena baik..
  4. Kena Bayar Ke?
  5. Apa Yang Nak Kena Bayar??

Filed Under: QNA

Reader Interactions

Comments

  1. Farid Adam says

    20 November 2010 at 9:54 am

    kalau dah salah bayau, memang silap sendiri ler…
    Farid Adam recently posted..Caruman KWSP Naik Semula Ke 11

    Reply
  2. tuanbri says

    20 November 2010 at 3:22 pm

    human error..
    manalah kita perasan..kekadang disebabkan no dalam sistem perkomuteran..dah macam auto lak..

    bila tekan no 1, dia dah siap keluar semua no yang start drpd 1..
    tuanbri recently posted..Pembuat Peta Hartanah Panas!

    Reply
  3. safuan says

    21 November 2010 at 7:07 pm

    kes macam ni pon ade ke..
    kesian

    Reply
  4. quicky says

    22 November 2010 at 10:55 pm

    hurmmm berdasarkan pengalaman….agak sukar jugak bank untuk terima semua bahan2 bukti tu….buat mcm mane skali pon diorg xnk terima gak..las2 cancel je booking tunggu 5-6bulan…cari rumah lain…huhu inikan pulak sendiri silap..lg payah…cume bole cube laa kalo bank tu jenis x berapa nk ikut protokol bole kot die pejam mata 1..gud luck..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Artikel Terkini

  • Tips Setel Loan Paling Jahat
  • Sesi Kocing Johor #2
  • Seminar Hartanah Johor : Ujub Menyentap Jiwa
  • Sesi Kocing Johor #1
  • Tekak Kering

Komen Terkini

  • Azman on Seminar Hartanah Terengganu : Sendu Bertukar Ceria
  • Azman on Tips Setel Loan Paling Jahat
  • INSURANS/TAKAFUL DALAM PELABURAN HARTANAH | CoachHartanah.com on Insurans/Takaful Di Dalam Pelaburan Hartanah
  • PencariMakan on Tekak Kering
  • Mohamad Helmi Hamdan on Ebook

Arkib

Statistik

ثلاث
25 Safar 1442
Now : Isha (20:07)
Next : Imsak (05:38)
Change location

Copyright © 2020 · Daily Dish Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in