QNA : Masalah pinjaman bagi amaun ‘ciput’

leaderboard2 denaihati Banner

Salam.

Saya ada masalah tentang loan rumah. Harap dapat bantu saya.

Saya nak beli rumah flat kos rendah nilai 30K je tapi tak lepas satu nama untuk buat loan dengan bank *tut* sebab komitmen dah tinggi dengan personal loan & kereta, jadi saya guna nama tunang sebagai peminjam bersama. Masa apply hari tu orang bank tu nak tolong tulis kat borang tu bagitau kami dah kawin. Memang nak kawin dalam masa berapa bulan.

S&P dah sign. Duit kwsp pun dah keluarkn.  Deposit pada pemaju dah bayar. Duit duti setem dan segala caj untuk lawyer dah settle. Proses memang agak lama lebih 6 bulan. Rumah dah sedia siap.

Tiba2 orang bank bahagian HQ call bagitau loan saya rejected sebab kantoi saya belum kawin. Diorang kata orang lawyer bagi surat bagitau saya belum kawin. Saya dah bagitau yang saya akan kawin dalam berapa bulan lagi. Masa urusan dengan orang lawyer diorang mintak sijil nikah so memang terpaksa terus terang belum kawin.

Saya memang kecewa bank tak boleh tolak ansur. Saya kakitangan syarikat GLC dan tunang saya kakitangan kerajaan. Dengan hanya RM150 sebulan saya sendiri mampu bayar walaupun komitmen saya sudah tinggi.

Saya dah buntu fikir tentang ni. Memandangkan bank2 lain susah nak terima loan rumah bawah RM100K. Saya rasa amat rugi kalau lepaskan rumah itu.

Perlukah saya membuat personal loan untuk membayar cash rumah ini? Apakah kesannya. Ada pendapat lain untuk situasi saya?

Bagaimana pulak dengan bayaran duti setem dan caj2 lain dengan lawyer boleh tak saya dapat balik? Apa lagi yang perlu saya lakukan?

Terima kasih

My story/opinion :

Bila baca masalah akak ni, teringat masa aku nak cari loan untuk rumah RM26K aku dulu. Takde satu pun bank yang sanggup nak bagi loan sebab kata diorang “untungnya ciput tapi kerjanya sama macam buat loan juta-juta“. End up, ada la sebuah bank ni yang sudi melayan loan ciput aku tapi dengan syarat interest rate must be BLR+1% sedangkan rate pada masa tu ialah BLR-0.5%. Tak kisah la.. yang penting ada yang sanggup ‘melayan’ loan ciput aku ni.

Jadi, buat akak yang bertanya ni saya sarankan akak ikut beberapa langkah berikut :

  • Pergi tebalkan muka ke setiap bank bertanyakan samaada diorang sudi atau tidak memproses loan akak. Kalau susah sangat diorang nak entertain, cuba akan usulkan diorang untuk charge interest yang lebih tinggi dari biasa dan jika masih tiada yang berminat barulah akak cuba langkah ke 2 ni ;
  • Apply personal loan untuk cover harga rumah tu. Kalau akak rasa chances nak approve tu ‘suam-suam kuku’ je sebab amaunnya yang besar, eloklah akak pecahkannya ke 3 atau 4 bank dengan amaun yang lebih kecil secara serentak. Bukan apa dengan cara ini, loan tersebut akan lebih mudah untuk diluluskan kerana amaun dan Debt Service Ratio akak yang lebih rendah. Bila kesemuanya dah lulus, jangan lupa pulak pengerasnya untuk saya.. hehehe.

Bab duti setem dan legal feesnya pulak, adalah lebih baik akak berbincang dengan pihak yang berkenaan kerana saya tiada jawapan untuk pertanyaan akak tu. Sorry kak.. huhuhu.

AE : Kalau korang tahu bank mana yang boleh bagi loan ciput, tolong tinggalkan contact no budak/awek salesnya supaya akak ni boleh contact dan apply nanti.

This entry was posted in QNA. Bookmark the permalink.

8 Responses to QNA : Masalah pinjaman bagi amaun ‘ciput’

  1. parang says:

    try rhb….mmg ciput je..

  2. fiz says:

    Cimb haritu saya call loan plg rendah leh buat = 15k.

  3. elya says:

    BSN, below 100k loan pun boleh apply. As long above 25k. Rate BLR – 0.95. Rasanya best rate amongs other FI. Pasal duit stamping for loan documents mmg x boleh dapat balik, tapi saya hairan kenapa pulak lawyer yg sibuk2 bgtau bank pasal status peminjam walhal lawyer hanya perlu buat documentation. Masalah surat nikah hanya perlu masa membuat permohonan bersama bagi pengeluaran EPF. Sepatutnya dalam situasi begini, buatlah permohonan berasingan di pejabat EPF. Saya sarankan minta balik lawyer tersebut sediakan bill setakat urusan yg telah dilaksanakan. Saya rasa lawyer baru buat bhg SnP, part loan document puan x payah bayar lagipun lawyer yg peramah sgt nak bgtau pihak bank kan? Bawak semua document ke bank baru, as long DSR within 70%, insyaAllahboleh approve.

    • mizz bananaz says:

      ye la, kepoci sungguh loyer tu, selain loan, mendapatkan loyer yg ok jugak satu benda besar yg perlu difikirkan.. sebarkan kat kawan2 kalu dpt loyer yg ok dan sebarkan jugak kat kawan2 kalu dpt loyer hampesh…

  4. eyriqazz says:

    yup..betul kata abangensem tu..try bank2 yang lain especially foreign bank..diorang lenient skit..suggestion : UOB,Alliance or Standard Chartered…

    Oh abang ensem..maafkan daku..Baru terngumpat bro di bulan puasa ni…hik3..

    http://www.eyriqazz.com/2011/08/bila-nak-dapat-kunci-rumah-pv13.html

  5. bujal says:

    Nape tak try MRCB… anak syarikat EPF.
    rasenya kurang skis dia punya syarat2

  6. loklaksikit says:

    bujal: hang biaq betoi.. bila masa MRCB (Malaysian Resources Corporation Berhad) anak syarikat EPF? http://www.mrcb.com.my/

    rasanya yg betoi ialah MBSB (malaysia building society berhad).. http://www.mbsb.com.my/

    hang jangan buat loklak bagi confuse semua org nooo..

  7. khairul says:

    attn:// Sesiapa yang hendak buat laon peribadi untk bayar deposit rumah -bayar loan kereta – loan bisnes – atau apa sahaja modal yang diperlukan. MBSB membuka peluang untuk anda mencuba permohonan tersebut di alamat email :- welcome_to_mbsb@yahoo.com *//

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge