
Soalan :
Salam AE,
Saya dah tengok rumah yang saya nak beli tu tapi macam tak berkenan dengan surrounding dia. Agak messy, kalau AE lah, AE amik ke tak?
Pendapat AE :
Aku akan beli sekiranya :
- Kadar sewa rumah di kawasan tersebut memberikan pulangan yang positif berdasarkan target yang saya tetapkan ;
- Harga tawarannya 25% di bawah current market value ;
- Terdapat permintaan yang tinggi di kawasan itu samaada dari segi sewa mahu pun jualbeli ;
- Rumah tersebut dalam kondisi yang memuaskan yang akan menjimatkan kos baik pulihnya di kemudian hari ;
- Tiada gangguan ‘makhluk halus’.
Apa pun ianya hanya sekadar pandangan aku dan aku tahu ada yang tidak berapa bersetuju dengan aku. Anyhow, bak kata pepatah melayu “tak semua awek kata aku tak ensem“. Betul tak?
AE : Jangan pandang rumah tu dari mata kita sebaliknya tengoklah ia dari mata burung (eagle’s eyes).
tu gambar rumah kat mana ek ae?
Tak tau..
berapa jauh stesen LRT nye, kalu terletak 100 meter dari rumah
sapu jee.. huu huu.
kalau semua kemudahan ade saya ambil 🙂