QNA : Soalan Cik Adik Manis

Salam abangensem,

Saya nak tanya pendapat la kan, saya tengah mencari umah untuk disewa/jual. Then cari2 jumpa 1 apartment, tuan umah nak jual tapi kami planning sewa jer dulu dengan kadar RM400 sebulan. Dia nak jual dengan harga RM120K (650 sq.ft) tapi saya pernah tanya value rumah tu ada dalam RM98k++, disebabkan tuan rumah tu dah renovate 1 rumah, so dia naikkan harga. Adakah berbaloi dengan orang yang tak ada duit macam saya ni untuk membeli? Mohon tunjuk ajar. Saya dah ada personal loan. So macam tak boleh nak pusing tapi teringin nak beli rumah. Cer citer macamana abang ensem buat? : )

Pandangan AE :

Pada pendapat aku la, jangan terburu-buru sangat membeli rumah ni. Takut nanti terbeli rumah yang overprice pula. Macam kes Cik Adik Manis ni, adalah lebih baik menyewa dulu di situ kerana kalau Cik Adik Manis ni nak beli pun, silap haribulan kena top up lagi amaun downpayment rumah tu sedangkan Cik Adik Manis dah nyatakan yang Cik Adik Manis ni duitnya tak berapa nak ada. Maklum sahajalah bila market valuenya pun dalam RM98K, takkan renovation cost bank sanggup valuekan sampai RM20K untuk apartment. Lain la kalau renovation cost untuk ‘rumah bawah’, ada kemungkinan la bank sanggup masukkan amaun yang banyak dalam nilai pasaran rumahnya. Anyhow, adalah lebih baik Cik Adik Manis detailkan renovation work yang telah dilakukan ke atas apartment tu bila nak check dengan pihak bank nanti.

Jadi dalam masalah ini, aku rasa adalah lebih baik Cik Adik Manis teruskan planning untuk menyewa dahulu  rumah tu sambil-sambil memasang telinga bila jiran-jiran bercerita. Mana la tahu kot-kot ada pemilik rumah di area tu yang terdesak nak jual rumah mereka pada harga below market value dan kalaulah ada yang di bawah nilai pasaran, inilah yang dinamakan “untung ketika membeli“.

P/S : Surau Al-Mustaqim Taman Jawi Indah mengucapkan berbanyak terima kasih kepada korang yang telah menyumbang untuk pembinaan kolah baru surau seperti yang aku war-warkan dalam entri Saham Akhirat tempohari.  Walaubagaimanapun aku difahamkan yang amaun untuk membinanya masih belum mencukupi, untuk itu kalau korang rasa nak beramal sikit, sudi-sudikanlah menghulurkan sumbangan korang tu ke akaun Surau Al-Mustaqim di nombor :  22-111-100441-7 (Bank Rakyat)

AE : Tak lupa juga hari ini adalah tarikh akhir untuk mereka yang terpilih untuk menghadiri seminar mengkreditkan RM88 ke dalam akaun aku supaya aku dapat menyediakan biskut tiger susu tin besar semasa sesi teh pecah (tea break) nanti.

5 Comments

  1. mohd zarul May 7, 2011
  2. Mayor May 7, 2011
  3. hart_nur May 9, 2011
  4. hart_nur May 9, 2011
  5. Chemong December 10, 2011

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge