QNA : Soalan tentang loan yang ditolak

“Apalah malang nasibku”

Soalan :

Baru-baru ni saya telah memohon untuk mendapatkan pinjaman untuk sebuah rumah subsale (secondhand) berharga RM155K dan saya telah membuat pinjaman di atas joint name saya dan suami. Setelah beberapa hari, pihak bank memberitahu yang pinjaman kami ditolak kerana komitmen kami yang tinggi. Kami tidak memiliki kad kredit sebaliknya pinjaman yang kami ada hanyalah pinjaman peribadi dan ‘Easy RHB’. Apa yang perlu kami lakukan?  Saya amat-amat memerlukan rumah ini. Bolehkah encik tolong?

Jawapan :

Terkenang aku masa mula-mula start ‘main’ rumah dulu. Setiap kali buat loan, setiap kali itulah kena reject kerana komitmen hutang aku yang agak banyak jika dibandingkan dengan income yang aku ada. Bertitik tolak dari situlah aku cuba memahami “apakah yang bank biasa ‘tengok’ bila nak luluskan loan” dan hasilnya, korang boleh temui jawapannya dalam ebook kedua aku ‘Tips dan Panduan Membeli Rumah Terpakai‘.. hehehe.

Tapi untuk tidak menghampakan Puan Akma (opsss tersebut pula nama si penyoal), akan aku ringkaskan langkah-langkah yang boleh beliau lakukan bagi membantu loannya kali ni ‘lepas’ dan antara langkah-langkah yang aku boleh cadangkan adalah seperti :

  1. Cuba memohon di bank yang jarang orang apply loan rumah. Kenapa? Sebab bank-bank ini biasanya ‘terdesak’ untuk mendapatkan ‘figure‘ bagi mencapai target mereka dan bila dah terdesak, mungkin mereka akan ‘a bit lenient‘ semasa memproses loan anda. Ketepikan soal interestnya yang mungkin agak tinggi jika dibandingkan dengan bank lain as long as, loan anda tu boleh lulus.
  2. Cuba cari jalan untuk kurangkan liabiliti anda atau dalam erti kata lain, cari jalan untuk selesaikan loan yang sedia ada. Sebaik-baiknya loan yang tinggi instalment bulanannya kerana instalment itulah yang menyebabkan Debt Service Ratio (DSR) anda mencanak naik. Kalau nak tahu bagaimana pengiraan DSR tu, sila rujuk entri DSLR aku yang lepas.
  3. Sekiranya anda ada income tambahan seperti income jual tudung ke, brooch ke atau pun jamu-jamu (contoh je), sertakan dokumen seperti bank statement yang boleh menguat dan membuktikan yang side income anda tu sememangnya wujud. Bukan apa side income inilah yang akan membantu untuk mengurangkan DSR anda nanti.
  4. Berdoa banyak-banyak. Insyaallah kalau niat kita baik, Allah akan permudahkan urusan kita.

AE : Langkah terakhir, jangan lupa beli ebook aku. Promote jangan tak promote.. hehehe (melawak je, jangan terpengaruh pulak).

7 Comments

  1. sarip March 19, 2011
  2. abangensem March 19, 2011
  3. palie March 19, 2011
  4. nadot March 20, 2011
    • abangensem March 20, 2011
  5. Sarip March 21, 2011
  6. Yusrina April 17, 2011

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge