Memandangkan yang aku masih lagi mood beraya di kampung, jadi aku tidak berhasrat untuk memulakan entri berkaitan hartanah sehinggalah aku kembali ke Shah Alam. Jadi untuk entri kali ini aku ingin mengenengahkan 2 lokasi istimewa yang mana pada pandangan aku patut diterjah oleh krew Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) bagi menilai sendiri keenakan makanan yang menjadi rahsia kekacakan jejaka-jejaka Teluk Intan seperti aku.
Lokasi pertama, tak lain tak bukan Mee Rebus Mastan Ghani yang menjadi santapan aku setiap kali balik ke kampung. Dengan hanya RM4.00 sepinggan, korang dah boleh memenuhkan perut korang dengan kelazatan ‘mee’nya. Pasembor udang yang ditabur di dalam menunya sudah cukup mendatangkan sisi rangup di sebalik kepedasan kuahnya. Tidak cukup dengan itu, kepekatan kuahnya pasti akan membuatkan lidah korang kecur tak terkata. Pendek kata, inilah mee rebus terbaik yang telah membuatkan wajah kami jejaka-jejaka Teluk Intan, makin kelihatan muda dari sehari ke sehari.
Bagi yang ‘bencikan’ rasa mee dalam hidup mereka, ada juga terdapat menu rojak yang turut mendapat sambutan ramai dek kerna kuahnya yang pekat manis, yang turut telah menambahkan rasa manis di wajah gadis-gadis Teluk Intan. Dengan campuran sengkuang, timun, pasembur udang disertakan dengan servis tip-top dari pelayan restorannya (makanan akan sampai dalam tempoh kurang dari 5 minit walau berapa ramai pun pelanggannya), pasti kunjungan kali pertama korang akan menyebabkan korang rasa untuk berkunjung lagi.
Destinasi istimewa yang berikutnya tak lain tak bukan Nasi Kandar Gulam Rasul. Bagi korang yang selalu mengikuti timeline di Facebook aku pasti perkataan Gulam Rasul akan sentiasa menjadi port lepak aku setiap kali pulang ke kampung. Selain dari dikunjungi oleh awek-awek cun dari serata negeri, kesanggupan aku menghabiskan masa di situ disebabkan oleh kelazatan ‘ayam rempah’ dan regunya, sambal giling. Mana nak cari beb nasi kandar yang ada sambal giling sebagai salah satu menu utamanya.

Lihat saja sambal giling di sisi ayam rempahnya, sudah cukup untuk menjanjikan kesempurnaan rasa nasi kandarnya.
Bagi warga emas seperti mak aku, ada kisah menarik tentang keenakan lauk pauknya. Katanya ada ‘bendasing’ yang dimasukkan sebagai penyedapnya, namun itu cerita orang dulu-dulu tetapi aku tak yakin yang mereka masih menggunakan ‘bendasing’ tersebut untuk melazatkan makanan diorang. Apakah ‘bendasing’ yang mak aku maksudkan? Biarlah aku simpan mitos tu sendiri.

Bukti yang menunjukkan restoran ini sememangnya menjadi tumpuan sepanjang masa. Kalau tak sedap, takkan orang nak berkunjung. Betul tak?
Jadi bagi korang yang terlanjur ke daerah yang menempatkan Menara Condong Teluk Intan (yang ke 2 tertinggi di dunia), jangan lupa lajakkan diri korang ke 2 destinasi makanan paling sedap di sini. Insyaallah, peluh jantan akan mengalir keluar sebaik sahaja suapan terakhir berjaya korang habiskan kerana kata Brader Mil.. “Kalau ko nak tau makanan yang aku makan ni sedap ke tak, ko kira berapa banyak peluh yang mengalir keluar ketika aku makan”.
AE : Tapi bagi aku lain pulak, kalau makanan tu sedap, awek cun sebelah meja pun aku takkan perasan sehingga aku selesaikan suapan terakhir dan selepas itu biasanya apa yang aku lihat hanyalah wajah kecewa si awek cun tadi gara-gara jejaka tampan yang sedang korang baca entrinya ni tidak mengoratnya.. heh heh heh.












mastan ghani dan gulam rasul memang famous kat teluk intan. pasal mitos tu, memang wujud dan biarlah penduduk berhampiran saja yang tahu kisahnya.
kalau pergi ke teluk intan, saya suka pergi ke kedai masakan minang berhampiran stadium mini. masakan minang terbaik terutama sup ekor.
Adib recently posted..Photo Pin: Koleksi Gambar Untuk Blogger
Mmg serius teliur tgk mee rebus tu
abangensem ni ensem je.. tak kacak.. hik3.. gulam rasul seberang perak pun ado.. =)
KiD recently posted..Selamat Hari Jadi Anwar
adeh…sodap pulok…
ada lagi makanan wajib rasa kalo datang Teluk Intan…gado-gado dan sate wak teni depan jam condong.pastu gi melepak di city mewah yang happening selepas isyak.wakakaka..
jeff kacak recently posted..Microsoft updated its new logo after 25 years
first time bace entry AE yg membuatkan sy terliur…
ok..nak gi dapur..bai! (^_^)
Nadot recently posted..Terjun Tiruk di Grand Lexis, Port Dickson
lapar la pulak
Zarul Umbrella recently posted..Teguran Bukan Mengutuk
Seronoknya Bro AE dapat beraya sakan dekat Teluk Intan.. Masa kecil2 dulu saya selalu lepak dekat Mastan Ghani pekena Mee Rebus.. Kebetulan pula Tokey Mastan Ghani tu atuk kepada kawan saya masa sama-sama belajar dekat Teknik Manjung.. hehehe
Anuar recently posted..Tips SEO : 7 Strategi Untuk Berada Di Page Pertama Google
perkataan “bendasing” tu yg x tahan tuh, hehehe
Juan recently posted..Salam Raya dari Admin wanwidget.com
ye lahh, semua org teluk intan yg makan kt sana semuanya kacak. btw mastan ghani ada bukak port kt ipoh tapi sepanjang raya depa tutup. x dpt aku merasa…
matjoe recently posted..Selamat Hari Raya Pembaca Matjoe.com
Biasa nya lalu je kat Teluk Intan tak pernah singgahpun, lepas ni kena singgah cari kedai makan ni cari Mee Rebus Mastan Ghani.
ReM recently posted..IPO Astro
whoaaa menarik nie… kalau kesempatan memang nak terjah untuk slot HAZMAN vs FOOD nie…. yosh !!!!
hazman aka species1980 recently posted..Restoran DUBU DUBU Mid Valley ( SEOUL FOOD )
terbaekk doh….