Selasa lepas masa aku makan tengahari dengan MatJoe, tiba-tiba dia bertanyakan soalan ni kat aku “Bro, ko dah pergi tak ke Pesta Buku yang kat PWTC tu” dan bila aku cakap “Belum lagi la bang. Minggu ni aku busy sikit la”. Dan-dan tu dia mengumpan aku dengan ayat “Rugi ooo kalo ko tak pegi. Awek ramai kat situ. Ko siap boleh cuci mata lagi kat situ”. Pantang aku kalau dengar ayat-ayat camtu, maka petang Rabu lepas je habis office hour, dengan pantasnya aku ‘berlari’ ke stesyen LRT semata-mata tak nak terlepas LRT ke PWTC dan hasilnya, tepat jam 6.18 pm aku dah terpacak di stesyen LRT PWTC (sila lihat gambar bawah kalau korang tak percaya). Kedatangan aku disambut oleh iklan billboard Kumpulan Karangkraf dengan slogan “Obses pada buku?” dan slogan itu sememangnya bertepatan dengan hobi aku yang suka ‘berulat’ dengan buku. Makan dengan buku, tidur sebelah buku malah dalam ‘bilik termenung’ pun ditemani dengan buku.
Sesampai je aku kat Dewan Tun Hussein Onn & Tun Razak yang menempatkan publisher-publisher ternama tanahair, hati aku menyumpah “Hampeh betui MatJoe ni, tak ramai pun awek kat sini. Kalo camni baik aku lepak KLCC lagi cerah biji mata aku.. hehehe” (jangan marah Matjoe). Walaubagaimanapun kekurangan awek tidak mematahkan semangat aku untuk terus berulit dengan buku-buku yang ada di situ dan hasilnya, dari berkepuk RM yang ada dalam dompet aku sampailah ke RM1 terakhir yang mampu aku tahan semuanya gara-gara membeli buku. Persoalannya.. buku apa yang aku beli sampai habis duit ringgit aku hari tu? Antara tajuk yang aku beli ialah :
- Persembahan hebat dengan Power Point karya Syahrul Nizam Junaini keluaran PTS Publication
- Tip menjadi Penulis Bestseller tulisan Zamri Mohamad juga terbitan PTS Publication
- Rahsia Senang Mendapat Pinjaman, terbitan True Wealth Publication dan ditulis oleh Wahi Abd Rashid dan
- Himpunan komik Ana Muslim untuk anak-anak aku
Kenapa aku beli buku-buku tu? Mesti korang boleh agak kan?? Sebab aku tak nak menggigil bila bagi talk nanti dan aku jugak dalam proses menulis ebook ke 4 aku bertajuk ‘Tips Mudah Lulus’.
AE : Hajat sebenar aku nak usha awek terbantut sebab aku lebih banyak jalan tunduk dari usha awek. Korang tahu tak kenapa aku jalan tunduk? Sebab awek kat situ semua usha aku. Ini mesti sebab aku ensem sangat berkemeja office.. hahaha. Aku dah pergi ke book fair tu, korang pulak bila lagi?
Related posts:






ae pemalu rupanya…ekekeke
aslam recently posted..Pergi tak kembali
tapi perlulah pilih buku yang sesuai dalam bilik termenung tu..
naimulfirdaus recently posted..wanita yang suci bersih
tapi bagus la budayakan tabiat membaca ni..siapa teringin boleh download novel percuma di blog saya..
naimulfirdaus recently posted..percuma download novel PDF Antara Dua Bidadari di sini
Bang,
Dah baca tu, buat le synopsis sket….kongsi kawan2…
shahril recently posted..Real Estate Investing – 5 Myths That Keep People From Starting
Sama laa kita. Atas meja buku, dalam toilet buku, tepi katil buku bawah katil buku, semua buku tapi buku doraemon. hahaha.
Assalamualaikum wbt
Saya Zamri Mohamad, penulis buku Tip Menjadi Penulis Bestseller. Terima kasih atas kesudian membaca dan memiliki buku tersebut. Semoga usaha Tuan dipermudahkan. Amin.
Terima kasih kerana membeli buku saya. Boleh hubungi saya sekiranya memerlukan bimbingan untuk mendapatkan pinjaman jangan malu hubungi saya.
Wahi Bin Abd Rashid