Refinancing : Jimat Atau Tidak?

leaderboard2 denaihati Banner

 

Aku menerima satu soalan dari FB Cik Puan Ju Liana kita. Antara bunyi soalannya adalah seperti berikut :

Refinancing

Beliau meminta pencerahan tentang jimat atau tidak jika beliau membiayai semula rumah beliau.

Sebenarnya bagi aku penjimatan akan hanya terhasil sekiranya jumlah interest selepas pembiayaan semula lebih rendah dari pembiayaan yang sebelumnya. Ini kerana portion instalment yang dibayar oleh Puan terhadap interest akan menjadi kurang dek kerna kadar interest yang dikenakan itu tadi dan sekiranya Puan masih meneruskan jumlah instalment seperti pembiayaan sebelumnya, maka lebihan instalment tersebut akan ‘memotong terus’ jumlah prinsipal pinjaman Puan. Ini bermakna pinjaman Puan dapat dilangsaikan dengan lebih cepat.

 Mengambil contoh amaun RM200K yang Puan nyatakan di atas, jika pembiayaan pertama membawa kepada instalment bulanan sebanyak RM1.3K di mana RM800 diperuntukkan untuk pembayaran interest. Setelah pembiayaan semula Puan lakukan dengan kadar dan jumlah interest yang lebih rendah, let say RM600  (RM200 kurang dari interest sebelumnya), tetapi Puan masih meneruskan pembayaran pada amaun yang sama iaitu RM1.3K, makanya di sini lebihan sebanyak RM200 itu tadi akan digunakan untuk memotong jumlah pokok/prinsipal pinjaman tersebut, yang seterusnya akan mempercepatkan lagi tempoh pinjaman Puan dilangsaikan.

Jimat atau tidak sekiranya kos guaman dan lain-lain diambil kira, yang itu hanya kalkulatorlah yang mampu memberikan jawapannya.

AE : Penjimatan yang lain adalah melalui lebihan yang diperolehi dari refinancing ini yang kemudiannya digunakan untuk memberanakkan lagi keuntungan yang diperolehi, yang akhirnya mampu untuk menanggung segala kos atau pertambahan yang terhasil dari pembiayaan semula ini.

This entry was posted in info. Bookmark the permalink.

9 Responses to Refinancing : Jimat Atau Tidak?

  1. KiD says:

    saya nak beli rumah kat Jenjarom.. ok tak? :)
    KiD recently posted..BoniKacak Dulu dan Sekarang

  2. Anuar says:

    Terima kasih di atas jawapan tersebut… Pastinya membantu orang ramai yang berminat untuk mendapatkan keuntungan dalam pelaburan hartanah… ;)
    Anuar recently posted..WW: Kempen Visit Malaysia 2014, Jangan Baca Buku Ini Dan Pak Ya Homestay

  3. elieza says:

    Sebenarnya rasa ada nak refinance. Interest dah check and memang lower dari masa beli… Cuma risau commitment tak lepas…
    elieza recently posted..Why me?

  4. eyriqazz says:

    tak jadi nak refinance rumah this year, next year kot…
    eyriqazz recently posted..Pantun Buat Nadot

  5. Terima kasih utk penjelasan nie
    Jawatan Kosong Kerajaan recently posted..Jawatan Kosong Di Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)

  6. setiap perincian buatkan air liur saya meleleh tanda tak faham..huhu
    syaifuddin alias recently posted..Contest Destinasi Percutian Melastik Bintang

  7. Hafizul says:

    Emm sekadar baca je la..bab nak faham amat susah bagi saya..hehe
    Hafizul recently posted..Wordless Wednesday #42 – SpongeBob Vs Ben 10

  8. nizam says:

    hehe pe kata refinance dan lebihan tu buat modal beli rumah yg lain. betul x? betul betul betul!!!!!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge