Sekadar ingin berkongsi maklumat untuk para pembeli atau bakal pembeli rumah :
“Under the Housing Development Act (HDA), if you pay a certain amount, say 2% of the purchase price, to buy ‘residential’ property and you cannot get a loan, the developer can forfeit 1% of the purchase price and has to refund you the balance” – dipetik dari ruangan soal jawab akhbar ‘The Sun’ semalam.
Harap-harap maklumat ini bakal membantu korang yang berhasrat untuk membeli rumah kediaman dan memandangkan ada perkataan ‘developer’ di dalam kata-kata di atas, maka aku andaikan yang maklumat ini ditujukan khusus untuk pembeli rumah ‘under-con’ (dalam pembinaan). Namun, ada juga aku terdengar yang HDA ini hanya terpakai untuk para pemaju yang berada dalam senarai mereka yang berdaftar dengan Kementerian Perumahan manakala para pemaju yang tidak berdaftar dengan pihak Kementerian, mereka bebas untuk berbuat mengikut kehendak mereka terutamanya terhadap pembeli projek perumahan mereka. Sejauh mana kebenarannya, tidak dapat aku pastikan. Anyhow, correct me if I’m wrong, ok?
AE : Pastikan yang korang boleh dapat loan dulu sebelum korang gatai tangan nak beli rumah. Kalau tak tahu apa yang bank akan tengok untuk luluskan loan korang tu, korang beli je la ebook Tips Mudah Lulus Pinjaman aku tu. Korang jugak yang nanti senang dan aku pulak yang makin masyukkkkk… heh heh heh.











Baik AE… akan sy ikut nasihat tu.. (^_^)
Nadot recently posted..Seminar Kevin Zahri masih ada kekosongan. Jom Join!
Terima kasih di atas perkongsian info..
Anuar recently posted..18 Dinar Emas dan 10 Dirham Perak untuk dimenangi
Mmg setuju tapi ikut budi bicara developer juga..tanya SA siap-siap sebelum place booking. Saya pernah letak booking 30k sbb SA kata refundable if x dpt loan. Then developer nak charge juga 1% which I think is unfair, submit complain buat surat end up dapat jugak full refund.
adam dzirhan recently posted..Ayu Impian Setia Alam Official Launch
Seb baik leh dapat balik…teruknye dorang cakap refundable tp nak caj gak… huhuhu
Nadot recently posted..Seminar Kevin Zahri masih ada kekosongan. Jom Join!
Fuh..
Aslam recently posted..Putrajaya night marathon 2012
Masa nak beli tanya pemaju samada kena charge kalau pinjaman tak dapat. Kalau dia kena dan kita tak konfiden dengan pinjaman so jangan beli…
biasanya pemaju akan refund penuh…
ReM recently posted..Be Fast Be Smart
Rasa terbela jugak kalau apa2 hal jadi, saya ada order ebook abangensem, mintak proceed cepat2 , tak sabar nak baca..hehehehe