Relevankah Satu Anak Satu Rumah?

leaderboard2 denaihati Banner

Bila cerita berkenaan pelaburan hartanah, memang ramai teruja. Ya, selain terkejut dengan majoriti harga rumah naik bagai nak gila, sebelah pihak lagi iaitu saya sebagai pemuda dan graduan yang baru hendak bekerja merasakan harga rumah itu tidak relevan dengan pendapatan kebanyakan anak muda zaman sekarang. Bagaimana ia berlaku? Selagi ada orang yang mempunyai wang dan purchasing power yang tinggi, selagi tu permintaan untuk harga rumah masih ada. Mana ada pemaju nak jual harga rumah murah selagi projek yang mereka soft-launchkan sentiasa habis sebelum official launching.

Keuntungan untuk mereka dan yang bermula awal. Ya, satu kelebihan disitu. Tetapi, masih tidak terlambat untuk bermula daripada hanya duduk diam tengok saja. Tak gitu?

Sebagai manusia biasa, kita kena ubah dan berusaha ke arah akan datang dari membiarkan ianya terus berlaku tanpa kita mengambil iktibar. Bagaimana nak ambil iktibar?

Bagi golongan pemuda yang baru bekerja, usahlah terlalu ghairah untuk membeli kereta mahal, motosikal mahal mahupun lepak di tempat mahal. Cubalah untuk berkorban sedikit ‘keseronokan’ untuk kemudahan akan datang. Cuba membeli rumah pertama tatkala masih bujang dan tiada banyak komitmen.

Tingkatkan pembelian tatkala sudah berumahtangga dan selagi boleh usaha untuk membeli rumah untuk setiap anak yang baru lahir. Bagaimana? Senang nya cakap… Anak memerlukan perbelanjaan yang besar. YA! Memang betul.

Hakikat sekarang, anak itu rezeki Tuhan yang amat bermakna. Pengorbanan pada anak-anak begitu besar sekali. Ibu bapa sanggup berkorban apa saja untuk anak mereka. Permulaan anak lahir didunia mungkin susah untuk kita menambah asset (rumah). Tetapi 2-3 tahun selepas anak lahir dan dalam proses membesar, selagi belum masuk alam persekolahan, cubalah kumpul duit mereka yang didapati melalui sumbangan orang (hari raya, majlis akikah, potong jambul dan sebagainya), untuk membeli rumah yang berpatutan.

Permulaan yang susah biasanya diakhiri dengan kesenangan di masa depan berbanding permulaan yang senang. Sesungguhnya Tuhan menyukai hamba NYA yang berusaha.

AE : Entri ini ditulis oleh Tuan Doktor kita.

This entry was posted in penulis jemputan. Bookmark the permalink.

7 Responses to Relevankah Satu Anak Satu Rumah?

  1. Anuar says:

    Terima kasih di atas perkongsian info… Untuk membolehkan kita membeli satu rumah untuk satu anak, kita perlu mempunyai disiplin yang tinggi dalam menguruskan kewangan…
    Anuar recently posted..Rahsia Sulit Melabur Emas Tanpa Modal

  2. eyriqazz says:

    Bukan misi bro 4 rumah, satu bini?
    eyriqazz recently posted..Rumah Peranginan Port Dickson

  3. Setuju.
    Kadang2 keseronokan nak beli barang susut nilai mcm kereta dan motor mmg perlu dikorbankan (kecuali sesetengah jam spt Pattek Phillip & Rolex yg appreciate).
    Ekspresi Ruang recently posted..Apartment Gaya Oriental Moden Ilham Studio XMSL

  4. Elieza says:

    Duit sumbangan=beli rumah… I like!

  5. azman says:

    Jarang orang muda yg berkemampuan terfikir nak beli rumah,mereka lebih suka,beli motor besar,kereta mahal atas alasan nak bergaya dulu sebelum ada komitment lain seperti berkahwin dll.

  6. Arrazi says:

    Setuju. Kena cuba berkorban untuk anak-anak kita. Semoga mereka juga mampu memiliki rumah pada masa akan datang.
    Arrazi recently posted..Penulis Jemputan Strategi Penting Blogger

  7. Hafizul says:

    Setuju dengan artikel ni..namun keadaan ekonomi keluarga yang kurang stabil agak sukar jugak nak buat mcm ni..emmm…
    Hafizul recently posted..Wordless Wednesday #42 – SpongeBob Vs Ben 10

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge