Hari terakhirku di Public Bank tempohari diakhiri dengan sesuatu yang tak dijangka. Seorang motivator dari sebuah syarikat telah menghubungi aku agar aku dapat menyertai tim beliau menjelajah ke seluruh negeri bagi sesi ceramah keusahawanannya ke atas para pelajar institusi kemahiran tinggi. Ibarat pucuk dicita ulam mendatang, tawaran beliau aku sambut dengan tangan terbuka. Bak kata pepatah.. “rezeki jangan ditolak, ‘skandal’ jangan dicari”.
Sambil mempersetujui terma yang diberikan beliau semasa bersemuka dengannya, aku mula bertanya “Kenapa Tuan memilih saya. Saya bukannya orang yang layak sebenarnya. Bagi talk pun sekadar berkongsi pengalaman dalam bidang hartanah secara ‘kecil-kecilan’. Mana mungkin saya boleh bercakap topik keusahawanan” dan korang nak tahu apa jawabnya?
“Saya percaya awak boleh pergi jauh lagi kerana saya telah mengikuti perkembangan blog awak dari mula lagi. Saya suka dengan kreativiti awak menjenamakan blog hartanah awak. Bagi saya ianya unik. Memang ramai blogger lain yang bercerita tentang hartanah tetapi cara penceritaan secara santai dan ‘gatai’, belum ada lagi yang mampu menirunya. Mungkin awak akan kata semua tu ‘anugerah’ (gifted) tapi sekurang-kurangnya awak tahu apa ‘potensi diri’ yang ada dalam diri awak untuk digunakan dalam menjenamakan blog awak dan kemuncaknya ialah apabila awak sanggup berhenti kerja semata-mata untuk bergiat secara serius di dalam berblogging”. Seriously, terdiam aku bila mendengar penerangannya itu dan apa yang mampu aku lakukan ketika itu hanyalah tersengih sambil ‘mengembangkan’ lubang hidungku yang sedia kembang.
Sudara Beach Resort, Kelantan nampaknya bakal menjadi destinasi pertama untuk aku mengenengahkan teori keusahawanan versi abangensem dan bila 2 slot dengan tajuk-tajuk berikut.. “Idea Kreatif & Inovasi” dan “Strategi Pemasaran ‘Social Media’“ diberikan kepadaku, apa yang mampu aku katakan hanyalah.. “Bapok punye susah tajuknye”.
AE : Betul ke ‘gatai’ tu satu anugerah?












anugerah juga,sebab biasa orang yg gatai ni orang yg perasan ensem.. hehehe
aslam recently posted..Asas dalam pelaburan
tahniah bro.. gatai itu adalah satu skill sebenarnya.. makin diasah, makin gatai.hahahahaha
boni kacak recently posted..Jeling-Jeling Blogger Denaihati
bukannya nak ajak…
ciss..
layan sesorang je
tuanbri recently posted..Pelaburan Hartanah – Seminar Utara sesi Pertama
rezeki jangan ditolak, scandal taknak, kasi aku…. muahahahahaaa
KiD recently posted..Trafik Seminggu shakiddo.com
boleh tahan juga kid ni..heheheh
aslam recently posted..Asas dalam pelaburan
yea laaaa… jiran ko tu ada? kata nak kasi..hahhahahaa
KiD recently posted..Tiger Balm Neck & Shoulder Rub
Tajuk No 2 tu boleh buat paper PHD.
adam dzirhan recently posted..Cancelling Bank Loan After Signing Offer Letter
Setuju…
halif recently posted..Pelaburan di Bukit Damar
Hehe..memang gatai tu naugerah..terbaik la AE..murah rezeki AE..semoga berjaya dalam memberi taklimat tersebut..dan segalanya berjalan dgn lancar..hehe
Hafizul recently posted..Wordless Wednesday #26 – Secret Recipe [at] Jerteh
wahhh.. gatai…. stai baq hang….
StaiBaqHang recently posted..Tiket Legoland Percuma dari Maybank
Gatai pun gatai la janji dapat peluang berjalan dan kembangkan poket anda..
Rem recently posted..Budget 2013 Kurangkan Cukai
Tahniah AE.. Rezeki tu di tangan tuhan.. Tapi saya memang akui bakat “gatai” dan “ayat Kreatif” yang ada pada diri AE.. hehehe
Anuar recently posted..Maybank Legoland Blogger Contest
Keunikan karektor bro yang buat ramai orang suka….. sebab kalau bab ayat menggatal blum saper boleh lawan lagi nie….hahahaha
hazman aka species1980 recently posted..Azueriena BLOGSPOT DOT COM – Blog MAKANAN yang SEDAP !!!
fuiyoo macam best je resort tu..
zura recently posted..trip to kota bharu part 2
Tidak semua orang memiliki rezeki yang bagus seperti anda, jadi iri..
Nurlaila recently posted..Resep Ayam Betutu Khas Gilimanuk
Mungkin juga rezeki anda bakal tiba tak lama lagi, insyaallah.
boleh jadi anugerah boleh jadi bala hehehe
azmanisma recently posted..Bila Dah Tua Baru Nak Minum Susu
terbaiklah AE, best la tengok AE lebih berjaya selepas berhenti kerja, rezeki datang jangan ditolak
Juan recently posted..MasterChef Malaysia Musim Ke-2 Astro Ria 2012
Btuilaa apa yg beliau ckp tuh. Sy baca ala2 nyampah akan gatai yg gifted tuh tp dlm nyampah nk gaks bc.. Har3
akuzle ayu recently posted..Kerinduan
Tahniah bro..siapa sangka skill ‘gatai’ rupanya dpt memberi tuah dan rezki..hehehe i likeee.
Welkam back. Terharu gua bila lu pun pakai nama ‘ensem’ jugak.. hehehe.
Pingback: Lawatan Sambil Mengajar (Siri 1) | Abang Ensem's Blog